fbpx

Antara Fatwa Berkaitan KWSP

  • 3 years ago
  • 2Minutes
  • 277Words
  • 530Views

Dipetik dari Ahmad Mustapha

(1)SIMPANAN KWSP DAN PENAMA

Apa yang diputuskan pada 19 September 2000 Kali Ke-49 Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia adalah :

Wang KWSP & wang simpanan adalah harta pusaka yang mesti dibahagi mengikut hukum faraid.

Penama KWSP adalah wasi / pentadbir harta.

Penama hendaklah membahagikan wang KWSP mengikut hukum faraid.

.

(2)SIMPANAN MUALAF

Hukum pembayaran KWSP bagi ahli yang memeluk Islam, pada 27 Januari 2004 Kali Ke-61 – Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia memutuskan:

Mengikut hukum syarak, orang bukan Islam tidak berhak mewarisi harta orang Islam dan begitulah sebaliknya.

Jika seseorang bukan Islam memeluk Islam dan mempunyai simpanan KWSP dan telah menamakan penama orang bukan Islam maka hendaklah menukar penama tersebut kepada orang Islam. Jika tiada penama orang Islam dan tiada waris Islam yang berhak ke atas harta tersebut setelah beliau mati maka harta itu tidak menjadi hak kepada penama yang bukan Islam, sebaliknya hendaklah diserahkan kepada Baitumal.

Orang Islam boleh membuat wasiat kepada orang bukan Islam tidak melebihi 1/3 daripada hartanya.

.

(3) HAK HARTA SEPENCARIAN

Isu harta sepencarian juga difatwakan sebab apa yang orang faham, bila dah kawin semua harta pasangan boleh dituntut. Tetapi sebaliknya bagi harta sepencarian nie..

Hukum menjadikan caruman KWSP sebagai harta sepencarian, pada 22 Februari 2005, Kali Ke-67 – Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia telah memutuskan bahawa wang caruman KWSP tidak boleh dianggap sebagai harta sepencarian dan menetapkan wang tersebut sebagai harta pusaka yang perlu dibahagikan mengikut hukum faraid.

 

Dalam isu harta sepencarian ada perintah yang telah dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah.

.

Ahmad Mustapha
@INFAQ Consultancy
“Plan your wealth, Change your life”

#KWSPtidakBolehdiHIBAHKAN
#TiadaWarisFaraidAkanTeranaya
#TiadaPenamaMakanDuitHakOrangLain
#FatwaPenamaHanyaPentadbirDanWasi

 

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi 

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Sehari dua ni, ada segelintir yang mempersoalkan tentang BMF, susulan…