fbpx

Isu BITCOIN – Diskusi Di FB Azizi Ali Mentor Wang

  • 5 years ago
  • 2Minutes
  • 251Words
  • 443Views

Beberapa hari saya melihat diskusi di FB Azizi Ali Mentor Wang serta komen dan status yang saling berbalas-balas begini.

Isunya ialah tentang Bitcoin. Tahun 2017 dahulu Tuan Azizi Ali rancak mempromosi Bitcoin dan kita tidak lagi. Beliau dituduh sebagai scammer kerana sekarang harga Bitcoin jatuh teruk.

Ini pandangan saya. Saya juga berikan komen saya di FB beliau.

Bitcoin adalah komoditi untuk pelaburan. Sama macam hartanah, emas, saham, forex dll

(Nota: Forex difatwakan haram)

Dan dalam mana-mana pelaburan akan pasti ada pihak yang ambil kesempatan untuk dijadikan sebagai scam.

Pelaburan emas, ada scammer.
Pelaburan hartanah, ada scammer.
Pelaburan saham, ada scammer.
Pelaburan forex, ada scammer.

Tidak bermakna apabila wujudnnya scam emas, scam hartanah, scam forex dll – maka kita menganggap semua ialah scam?

Sama juga halnya dengan Bitcoin.

Tak dapat dinafikan ada scam Bitcoin dan ia berleluasa. Dalam masa sama juga ada Bitcoin yang genuine.

Cara nak kenal Bitcoin scam mudah sahaja;
1. Ajak orang “join” program
2. Dapat duit bulan-bulan.
3. Kalau ajak orang lain jadi “downline” boleh dpt duit lagi.

Setakat Tuan Azizi Ali yang saya kenali, beliau bukan scammer dan pelaburan Bitcoin yang dipromosiya dahulu juga bukan scam.

Saya endorse pelaburan Bitcoin yang dibuat oleh Tuan Azizi Ali Mentor Wang sebagai pelaburan yang genuine, dan bukan scam.

Dan saya bukanlah pelabur dalam Bitcoin.

Afyan Mat Rawi
INFAQ Consultancy
Penulis buku “Tersontot Di Pintu Shorga” yang mendedahkan scam Tok Belagak, ARBA, Alfafa

NOTA: Saya pernah menulis artikel bertajuk “Aku, Azizi Ali Dan Bitcoin” pada tahun 2017 disini.

 

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Berapa pendapatan anda? Berapakah cukai yang anda bayar saban tahun?…