Isu hibah takaful: Bila fakta dibalas dengan serangan peribadi

Sebagaimana yang saya jangkakan, masih ramai ejen takaful yang tidak berpuas hati, walhal penjelasan telah diberikan sejak hari pertama isu ini tular.
Yang menariknya, hujah balas mereka semuanya menjurus kepada serangan peribadi, bukannya fokus kepada isu pokok.

Paling pelik ialah hujah mereka yang mengatakan saya bersuara kerana mahu menjual buku.
Mereka masih gagal menerima hakikat bahawa isu ini berpunca daripada dakwaan ejen-ejen takaful sendiri yang mengatakan bahawa hibah takaful tidak boleh dicabar.

Jadi apabila kes hibah takaful dicabar di mahkamah menjadi tular, mereka pula berlagak sebagai mangsa dan menyalahkan orang lain yang konsisten mengatakan bahawa hibah takaful sememangnya boleh dicabar.
Jika mereka sangka dengan cara menyerang dan menyindir begini akan membuatkan saya berhenti dan berundur, mereka silap sama sekali.
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran