fbpx

NUTP Patuh Syariah ke Tidak

  • 4 years ago
  • 2Minutes
  • 213Words
  • 963Views

Di petik dari FB Razzaaq Ajaq

Ada satu soalan saya terbaca dari posting tuan Afyan Mat Rawi tadi. Dia bertanya tentang NUTP sama ada patuh syariah atau tak.

Bagi yang tak tahu. NUTP ni adalah singkatan kepada Kesatuan Perkhidmatan Keguruan.

Ramai guru yang menjadi ahli. Dan ia adalah antara kesatuan sekerja terbesar di Malaysia.

Dan mereka juga ada tawarkan produk untuk para guru. Antaranya kad medikal dan juga takaful/insuran kelompok.

Namun, ada antara kita terlepas pandang tentang produk yang kita ambil dengan mereka.

Antaranya terambil medikal kad dan INSURANS kelompok yang tidak patuh syariah.

Saya sendiri pernah berjumpa ejen berstatus Islam yang mempromosikan INSURANS kelompok NUTP.

Jadi di sini saya sertakan beberapa produk insuran dan takaful di bawah NUTP untuk rujukan kita.

Takaful

1. Takaful Medic NUTP (Takaful Malaysia)
2. Takaful Mutiara Berkelompok (Etiqa Takaful)

Insurans

1. NUTP Medicare (RHB Insurance)
2. Livin Pay (Great Eastern)

Saya memang galakkan semua guru-guru ambil produk perlindungan kematian dan medikal.

Tak kira mohon dari mana-mana syarikat sekalipun. Ikut bajet dan keperluan anda.

Cuma bila mohon tu pastikan kita tahu produk yang kita ambil tu syariah atau tidak.

Dan ejen-ejen yang beragama Islam yang masih promosikan insurans tu, saya doakan semoga anda semua dibukakan hati untuk berhijrah.

Razzaaq Ajaq
#cikguscoter

INFAQ Consultancy

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

 

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended