fbpx

Isu kahwin berhutang – P.Ramlee lama dah ingatkan perkara ini

  • 7 months ago
  • 2Minutes
  • 386Words
  • 242Views

Isu kahwin berhutang ni, P. Ramlee dah laaaaaamaaaaaaaaa berikan peringatan, cuma kita sahaja yang lalai.

Ingat lagi dalam satu babak dalam filem Bujang Lapok, tahun 1961?

Masih ingat satu scene dalam filem Bujang Lapok, ketika Sudi dan ibunya berbincang bersama rakan-rakan serumahnya; Ramli dan Ajis?

Ketika itu mereka berbincang tentang hantaran yang tinggi diletakkan oleh emak si Eton kepada Sudi, tiba-tiba mereka terdengar jiran sebelah bergaduh suami-isteri.

Rupanya-rupanya pergaduhan suami-isteri jiran mereka berpunca dari keengganan si suami membeli emas kepada si isteri. Si suami mengatakan bahawa dia tidak mampu dan si isteri mendesak.

Apabila diungkit-ungkit, maka si suami mengungkit-ungkit kisah hantaran yang diletakkan oleh keluarga si isteri sebanyak 5K sehingga si suami terpaksa meminjam ceti.

“Ini semua mak bapak kau yang punya salah. Waktu aku mahu kahwin sama kau, mak bapak kau minta sampai 5 ribu. Aku tidak ada wang. Aku pinjam sama benggali.

Sekarang kita sudah ada 3 orang anak, tapi hutang benggali pun belum habis-habis bayar. Kau tau, bunga makin naik? Mak bapak kau yang salah”, kata sang suami.

“Kalau mak bapak aku minta 5 ribu, kenapa mak bapak kau terima”, tanya sang isteri pula.

“Sebab kau berjanji hendak sehidup semati dengan aku. Sebab itu aku terima. Kalau aku tahu engkau hendak minta cerai begini, aku tak ingin kahwin sama kau!”, bentak sang suami.

“Huh!!!”, balas si isteri sambil memalingkan mukanya dari arah suami dengan bibir yang muncung.

Itu baru wang hantaran, tak masuk lagi cincin hantaran, barangan hantaran, majlis kenduri, bersanding, mak andam, baju pengantin dan pelbagai lagi.

Secara umumnya, ia sudah menjadi budaya dalam masyarakat kita untuk bermewah-mewah dalam majlis perkahwinan. Sedar tak sedar, budaya ini sudah mengakar dalam masyarakat kita sekian lama, dan sebenarnya membawa lebih banyak keburukan berbanding kebaikan.

Ia sudah menjadi perkara biasa dalam masyarakat apabila terpaksa memohon pinjaman peribadi untuk melangsungkan perkahwinan, walhal ada perkara yang lebih besar daripada itu.

Berkahwin bukan sekadar untuk mengadakan majlis besar-besaran, ia adalah untuk membina sebuah rumah tangga dan keluarga. Dalam kewangan juga, ada perkara yang lebih penting daripada membiayai kos majlis perkahwinan, yang majlisnya hanya sehari.

Ya, hanya sehari majlis kenduri perkahwinan atau paling lama mungkin dua atau tiga hari, dan jika dikenang orang pun paling lama mungkin seminggu atau sebulan, kerana selepas itu ada majlis perkahwinan yang lebih gilang-gemilang!

Berbaloi ke bergolok bergadai sehingga berhutang untuk berkahwin?

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Sebenarnya ada cara mudah dan pantas untuk warga Kuala Lumpur…