fbpx

Inilah yang dipanggil #nerakawang

  • 2 years ago
  • 2Minutes
  • 233Words
  • 198Views

Inilah yang dipanggil #nerakawang

Kita boleh bagi seribu satu justifikasi memiliki kereta secara hutang, namun ia tidak menafikan bahawa membeli dan membela kereta memerlukan kos yang besar!

Membeli kereta adalah jalan short cut ke #nerakawang

Bayangkan situasi berikut: Bayar installment 1/3 gaji

Tambah; Kos petrol, servis, maintenance, tol, parking, tayar, insurans, road tax dll 1/3 gaji

Total 2/3 daripada gaji tahunan, hanya utk memiliki (meminjam) sebuah jentera yg digunakan

  • sehari 2 kali (pergi balik kerja)
  • sesekali di hujung minggu. Setahun sekali dua balik kampung.

Kemudian lebihan 1/3 utk sara hidup, bayar duit rumah, barang dapur, makan-minum, bil telefon, bil Internet, anak-anak dll

Berbaloi tak? Jika berbaloi, teruskan….

Bagaimana kereta boleh jadi #nerakawang?

  1. Bukan jenis atau brand kereta yang menjadikan ia #nerakawang atau tidak.
  2. Tapi berapa harga kereta dan dibandingkan dengan gaji dan pendapatan bulanan seseorang yang menjadikan ia #nerakawang atau tidak.
  3. Beli kereta Hellfire yang berharga RM200,000 tidak menjadikan ia #nerakawang jika installment tak sampai 10% gaji atau harga kereta tak sampai pun setahun gaji.
  4. Tapi beli Viyos yang berharga RM78,000 boleh menjadikan ia kereta yang menuju ke #nerakwang untuk orang yang baru grad dengan gaji RM2,000 ke RM3,000 apatah lagi bawah RM2,000.
  5. Kalau nak beli kereta dan tidak mahu ia menuju ke #nerakawang, beli kereta yang berharga di bawah setahun gaji.
  6. Kalau nak beli juga kereta Viyos yang berharga RM78,000, kerja betul-betul sampai dapat gaji dan pendapatan RM6,500.

Amacam? Ada bran?

Sumber dari Fb Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Isu kahwin berhutang ni, P. Ramlee dah laaaaaamaaaaaaaaa berikan peringatan,…