Isu Manipulasi Emas
ISU MANIPULASI EMAS / Emas Delay / Emas Kontra / Emas + ETA + Ar-Rahnu + Stok Penimbal 1:1:1 / Beli Emas Dapat Kereta, dan seumpama dengannya.
Inbox saya dihujani beberapa persoalan tentang isu di atas.
Pertama sekali, saya bukan pakar dalam isu syariah. Saya pun rujuk kepada mereka yang ahli dalam bidangnya untuk mendapat pandangan.
Jadi untuk mendapat jawapan yang lebih sahih, elok rujuk kepada yang lebih pakar dalam bidangnya.
Kedua; Ini respon peribadi saya dan saya harap jika ada yang ingin bertanya boleh kongsikan di ruang komen dan sebarang maklum balas yang membina amat dialu-alukan;
Dalam hal jual beli emas, saya merujuk kpd keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan, supaya dapat elakkan riba.
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/parameter-pelaburan-emas
http://www.e-fatwa.gov.my/blog/penjelasan-tentang-parameter-pelaburan-emas
Kepada pengendali program emas di atas, saya sarankan untuk consult pakar-pakar dalam bidang syariah muamalat supaya dapat menjalankan urusniaga patuh syariah.
Perlu melantik penasihat syariah yang bertauliah supaya dapat mengelakkan rib. Bukan sekadar umum “kami sudah melantik”, tapi lantik dan serahkan kepada mereka untuk membuat penilaian.
Sudah tentu ada kos untuk kerja-kerja pematuhan syariah tersebut dijalankan. Saya yakin pengendali atau syarikat emas berkenaan mempunyai bajet yang cukup untuk melantik panel syariah syarikat mereka. Seeloknya sekurang-kurangnya dua orang penasihat.
Saya pernah terlibat sebagai pelabur dalam sebuah bisnes emas, jadi saya tahu perniagaan emas sangat menguntungkan, jadi sekadar untuk melantik dua orang penasihat syariah adalah tidak menjadi sebarang kekangan kewangan.
=====
Ada sebuah syarikat emas, sejak dari bulan Februari melantik penasihat syariah, dan sehingga kini masih belum mendapat pengesahan status patuh syariah. Saya menerima maklum bahawa penasihat syariah masih dalam proses membuat penilaian dan penambahbaikan supaya ia selari dengan syariah.
Ada juga syarikat yang sudah mendapat status patuh syariah, tapi sejak kebelakangan ini timbul beberapa isu syariah yang masih belum dijelaskan. Dimaklumkan secara tidak rasmi, dikatakan penasihat syariah syarikat tersebut sudah mengundur diri.
=====
Ini sikap saya;
Program ini, memang ia satu manipulasi emas yang menguntungkan. Boleh cecah untuk 100% dalam masa yang singkat. Memang teruja untuk menyertainya.
Tapi beberapa isu syariah yang saya lihat (terutama isu pembelian emas bertangguh, dan isu jual beli emas yang di dalam pajakan ar-rahnu) menyebabkan saya mengambil sikap berhati-hati.
Emas adalah barangan ribawi jadi sebaiknya kita mengambil sikap berhati-hati supaya tidak terjebak dalam riba, apatah lagi money game.
Seterusnya, ia akan menjadi money game apabila pengendali / syarikat. memanipulasi tanpa wujud stok emas yang mencukupi apabila lebih ramai yang membeli emas dan tidak mengambil emas tersebut dari syarikat / pengendali.
Siapa yang akan pastikan bahawa stok emas itu benar-benar wujud dan tidak berlaku money game? Sebab itu perlunya penasihat syariah supaya tidak berlaku riba dan money game. Tambahan pula sekarang harga emas sedang merudum jatuh menyebabkan cara pelaburan emas biasa, “buy low sell high” kurang mendapat sambutan.
Berhati-hati, kawan.
Afyan Mat Rawi, IFP.
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran