Isu pengeluaran KWSP: Pesanan mesra kepada taik politik “Studi dulu sebelum sondol”.
Pesanan mesra buat macai politik yang follow saya.
1. Kalau nak komen dan serang, pakai akaun original.
2. Pastikan juga pakai halmet sebelum menyondol tak tentu hala.
Ada taik politik yang tidak puas hati dengan posting saya berkenaan KWSP
Katanya kenyataan saya menyebelahi parti yang saya sokong lalu diungkitnya berita tahun 2021 tentang cadangan kerajaan untuk wujudkan Syarikat Kredit Komuniti.
Katanya, saya takde posting pasal ni.
Nah, saya kongsikan tulisan lama saya tahun 2021 berkenaan kredit komuniti ini yang saya ibaratkan ia sebagai RACUN.
Rujuk gambar terakhir saya di bawah atau klik di link ini untuk bacaan penuh
Saya harap mana-mana taik politik macai politik, cyber trooper politik yang nak serang saya, studi dulu sebelah menyondol. Kalau tersalah sondol, haru…
Dan pastikan guna akaun original macam saudara kita ni.
Guna akaun original tu bagus dah. Tapi sayangnya…..
Suka akui bahawasanya saya tidak neutral dalam bab politik dan mempunyai kecenderungan memilih sebagaimana rakyat Malaysia lain dalam sistem negara demokrasi hari ini.
Ia adalah hak yang diperutnukakn dalam perlembagaan negara.
Namun dalam bab kewangan peribadi, saya amanah dengan disiplin ilmu IFP yang pelajari dan amalkan selama ini.
Pandangan saya berkenaan KWSP dan juga isu-isu berkaitan kewangan peribadi tidak sekali-kali dipengaruhi oleh pendirian politik saya sebagaimana ahli politik dan macai politik.
Sepanjang menulis berkenaan bab kewangan, saya gunakan kacamanta financial planner dan bukan dengan topi politik.
Maknanya ia sesuai untuk rakan-rakan gunakan tidak kira PAS, UMNO, Bersatu, PKR, DAP, Amanah, Gerakan, Berjasa, MIC, MCA dan sebagainya.
Juga sesuai untuk anak Melayu, anak Cina, anak India, anak Iban…
Mungkin ada taik politik yang anggap saya macam mereka, tapi mereka silap. Saya bukan macai politk yang hanya pandai angguk sahaja.
Ahli politik hanya memainkan isu KWSP mengikut selera tekak mereka dan akan berubah mengikut keadaan. Manakala macai politik pula akan membontoti pimpinan pujaan hati mereka.
Ada satu pepatah mengatakan bahawa ahli politk pelik kenapa ramai orang yang percaya kata-kata mereka, sedangkan mereka sendiri pun tak percaya apa yang mereka katakan.
Afyan Mat Rawi, IFP
Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran