fbpx

Isu penggantungan oleh SC, saya bertanggungjawab dengan apa yang saya tulis

  • 2 years ago
  • 3Minutes
  • 473Words
  • 687Views

Ramai yang bertanyakan saya berkenaan tindakan suspended oleh SC ini, kerana saya pernah mempromosi produk private mandate.

Rujuk di sini

Saya akui bahawa saya pernah mempromosi private mandate.

Saya juga tak perlu sorokkan dan padam mana-mana status tulisan berkenaan promosi dana yang beliau uruskan. Tulisan itu benar ketika ia ditulis. Jika ada kesalahan fakta, boleh kongsikan secara spesifik supaya mudah saya betulkan. Saya bertanggungjawab dengan apa yang saya tulis.

Saya tidak risau pun dengan yang sesiapa yang mengkritik dan hentam. Ia bukan baru berlaku hari ini, malah sejak beberapa bulan lalu apabila market jatuh. Jika ia datang daripada haters, ia tidak pelik. Memang itu fungsi haters, mencari salah saya. Itu dah berlaku sejak 10 tahun lepas, haters datang dan pergi.

Dalam tulisan-tulisan tersebut sudah saya letakkan disclaimer dan kongsikan tentang risiko pelaburan dalam mana-mana private mandate dan unit trust.

Klien-klien yang invest melalui saya, sudah diterangkan kos dan risiko terlibat. Saya juga sudah menasihatkan jika tak bersedia untuk market drop, lebih baik jangan invest atau cut loss jika sudah melabur.

Banyak kali dikongsikan, apabila melabur dalam unit trust, private mandate, emas dan sebagainya, ejen akan untung dulu sebelum melabur. Malah jika instrumen pelaburan tanpa ejen pun, platform atau syarikat yang menyediakan perkhidmatan pelaburan tersebut akan untung terlebih dahulu. Klien dan pelaburan belum tentu untung. Jika bersedia, silakan labur. Jika tidak bersedia, biarkan sahaja di bank, Tabung Haji atau ASB.

Saya yakin, followers yang dah lama follow faham perkara ini. Malah yang melabur melalui saya pun dah faham. Yang jadi masalah ialah apabila melabur melalui MR atau ejen lain yang misleading, tapi salahkan saya pula. Hahaha!

Benda ni pun dah saya pernah sound dahulu: isu MR-MR yang tidak bertauliah memasarkan produk Private Mandate. Malah ramai juga yang promote dengan cara hype dan misleading. Saya juga pernah tulis bahawa cara marketing yang hype dan saya tak gunakan cara tersebut. Laporan juga pernah saya lakukan kepada pihak atasan ketika itu.

Saya bertanggungjawab dengan apa yang saya tulis. Jika ada apa-apa kesalahan, boleh tunjukkan secara spesifik, mudah saya nak betulkan. Saya takkan pertahankan kesalahan.

Jadi sebarang pertikaian terhadap mana-mana pihak, ejen atau MR yang mempromosi secara misleading, ia di luar kawalan dan bukan tanggungjawab saya.

Jika misleading itu datang daripada saya atas team saya pun, boleh buat laporan. Boleh buat laporan kepada Suruhanjaya Sekuriti, badan yang mengawal selia syarikat-syarikat pelaburan.

Tiada sesiapa mengatasi undang-undang.

Siapa nak melabur? Boleh klik di sini. Hahahah!

IKLAN: Belajar ilmu-ilmu kewangan secara bermodul menggunakan #BukuBMW Buku Bijak Merancang Wang.

Klik
Bukubmw.com/
Bukubmw.com/
Bukubmw.com/

*Ini adalah BUKU FIZIKAL, bukan ebook.
*Dalam pakej ini mengandungi

  • Naskah fizikal BUKU BIJAK MERANCANG WANG
  • Rakaman video Live Seminar BMW dengan durasi 5 jam
  • Ebook PKP (Poket Kian Pokai? Poket Kena Penuh!), 100 halaman.
  • Sertai FB Group Bijak Merancang Wang
  • Peluang menjadi affiliate produk-produk BMW

*Harga tak termasuk penghantaran
*Penghantaran mengambil masa kira-kira 7 hari bekerja

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Bukan senang menang lawan perempuan Kita setaraf Johnny Deeeeeeeeeeeeeeppppp Mula-mula…