fbpx

Isu Scam Kesihatan Di Antara Doktor-Doktor Dari Medical Mythbusters Malaysia

  • 5 years ago
  • 4Minutes
  • 620Words
  • 2641Views

Saya mengikuti isu scam kesihatan di antara doktor-doktor dari Medical Mythbusters Malaysia yang disokong oleh PW Community Pseudoscience Watch yang bertembung dengan doktor-doktor yang dituduh sebagai scammer kesihatan yang mempromosi produk sampah, dengan penuh minat.

Saya mengikuti page PW yang bertukar ganti saban waktu akibat report oleh netizen, sejak bertahun-tahun lamanya.

Perjuangan PW membanteras scammer, seiringan dengan usaha saya suatu ketika dahulu sebelum pencen.

Banyak juga scammer-scammer yang mereka dedahkan, sama dengn yang saya dedahkan. Kami juga banyak kali berhubung dan berkongsi maklumat.

Bidang saya bidang kewangan, jadi apabila pembongkaran tentang scammer kewangan, ia seiringan dengan apa yang saya dedahkan juga seperti Tok Belagak, ARBA Kopi Pak Belalang, Norsham Alfafa, APUM dan sebagainya.

Pernah juga beberapa tahun lepas ada yang mengatakan saya juga sebahagian dari mereka atas kebetulan-kebetulan yang berlaku.

Saya hanya gelak sahaja. Cara kami sangat berbeza.

PW bersembunyi di sebalik topeng anynomus, berbanding saya yang memang dikenali identiti.

PW ambil pendekatan Batman, Superman yang menyembunyikan identiti mereka.

Saya pula mengambil cara Iron Man, Captain America, Black Panther – yang tidak menyembunyikan identiti 😎

Saya pernah kritik juga hal ini. Jadi ia menimbulkan soal kredibiliti. Tambah pula, cara mereka yang sangat kasar dan biadap. Mereka tetap pertahankan cara tersebut.

Berbalik kepada isu yang sedang mula hangat sekarang, berkaitan dengan isu scam kesihatan.

Ia di luar bidang saya. Ia bidang perubatan / kesihatan / kedoktoran.

Dalam hal ini saya lebih suka membaca tulisan-tulisan daripada mereka yang mempunyai identiti.

Maka, saya membaca dan ikuti tulisan-tulisan doktor-doktor yang berada dalam M3 dan mereka turut disokong oleh PW seperti Dr Ahmad Firdaus, Dr Sakinah Sulong, Dr Suhazeli Abdullah, Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan, Dr Imelda, Dr Rusyainie dll(sekadar beberapa nama) dan lain-lain.

Saya suka membaca tulisan mereka yang penuh dengan fakta dan hujah. Dari isu vaksin, isu doula, hingga ke isu produk over price, isu produk sampah dll. Sesekali tulisan mereka dikongsi oleh PW tapi dengan ulasan yang ganas.

Mereka banyak bongkarkan isu-isu scam kesihatan, yang saya tak mampu nak berikan ulasan adil kerana ia di luar bidang saya.

Dalam masa sama juga saya mengikuti tulisan Dr Hafiz Sulaiman beberapa tahun lepas. Selama saya mengikuti tulisan beliau, banyak perkongsian berkenaan kesihatan yang saya dapat.

Sehinggalah sehari dua ini melihat nama dan tulisan beliau disebut-sebut oleh PW dan membaca tulisan di FB beliau tentang perkara tersebut. Barulah saya tahu rupa-rupanya selama ini banyak tulisan PW yang mensabitkan Dr Hafiz sebagai scammer kesihatan juga.

Selepas isu ini tumbul, Dr Hafiz kongsikan FB tulisan doktor-doktor lain yang dikatakan sebagai scammer kesihatan yang mempromosi produk sampah oleh PW, seperti Tn Fyrol Ikram Othman (pengamal perubatan homeopathy) , Dr Dr Zubaidi Hj Ahmad, Dr Norman Norawi, Dr Suriya Osman, Datuk Dr Norazlanshah Hazali (Dr PhD, bukan Dr perubatan), Dr Rizal (sekadar menyebut beberapa nama) dan lain-lain.

[Update: Saya baru betulkan senarai nama di atas utk memastikan di antara doktor dalam bidang perubatan dengan yang bukan. Maaf atas kekeliruan]

Saya ikuti dan baca tulisan-tulisan mereka mempertahankan diri. Mereka ada fakta dan hujah tersendiri untuk membela diri.

Jadi saya pertembungan kali ini pertembungan yang epik apabila melibatkan para doktor, satu profesion yang dihormati dan digeruni oleh masyarakat.

Doktor vs doktor.

Cuma yang saya risau jika “gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah”.

Siapa pelanduknya? Tak lain tak bukan masyarakat. Rakyat. Pengguna. Orang awam.

Sementelah sudah ada pun kes-kes kematian dalam bidang perubatan ini, sama ada dari perubatan moden mahu pun perubatan alternatif.

Dalam masa sama, genuine scammer akan mengambil kesempatan. Doktor sama doktor bergaduh, scammer tepuk tangan.

Jadi saya harap akan ada satu forum yang terbuka utk menemukan wakil-wakil mereka untuk memberi penjelasan. Biar publik menilai.

Saya sudi menjadi orang tengah jika perlu.

Follow Afyan Mat Rawi utk lagi tip dan info kewangan dan kehidupan.

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Dipetik dari FB Norajian Kamarudin .Pentingnya Income Protection   Jika…