fbpx

Masihkah kau ingat? Pengalaman melawan scammer….

  • 1 year ago
  • 4Minutes
  • 623Words
  • 297Views

Masihkah kau ingat posting ini?

Siapa ingat, bermakna kalian adalah follower tegar saya. Hahaha!

Posting ini bertarikh 12 Februari 2014, iaitu kira-kira 2 tahun 7 bulan sebelum Tok Belagak ditangkap pada tarikh 27 September 2016.

Bukan nak cakap besar, tapi setakat ini naluri saya tak pernah silap.

Sesuatu yang saya syak sebagai scam, sama ada cepat, lambat, lambat laun – PASTI akan sontot akhirnya.

Paling cepat saya masih ingat lagi, apabila Lavida Coin dilancarkan, saya sudah menulis dan meraguinya, dan sampai sebulan ia diarahkan oleh Suruhanjaya Sekuriti untuk dihentikan.

Ya, cepat, lambat, lambat-laun memang akan kantoi akhirnya.

Kalau dikumpulkan, mungkin senarai skim yang pernah saya bongkar sudah lebih 100 kot sepanjang saya aktif di blog dan media sosial.

Pendedahan pertama : Buluh Mas

Skim pertama saya dedahkan ialah skim Buluh Mas, pada tahun 2008. Siapa ingat skim ini? Zaman ni saya baru aktif di blog, FB pun wujud.

Infinity Downline

Apabila Facebook wujud, skim pertama yang kongsikan tentang kepelikan mereka ialah “Infinity Downline” dengan tagline mereka “Login Facebook dapat duit”. Ia saya dedahkan pada tahun 2010.

Siapa masih ingat skim ini?

Jika masih ingat, maknanya sekarang anda sudah masuk 4-series.

SAP

Kalau saya senaraikan lagi skim-skim scam yang pernah saya bongkar, mungkin ada yang tak pernah dengar, contohnya SAP, pada tahun 2012.

Pernah dengar SAP? Mesti tak pernah kan? Hahah… Takpe, tengok gambar.

Kerjaya saya sebagai perunding kewangan, maka memang banyaklah soalan-soalan yang diterima berkaitan pelaburan dan di antaranya ialah skim piramid dan scam.

Asalnya saya kongsikan kepada rakan-rakan terdekat sahaja, sebelum kemudiannya saya kongsikan di Facebook.

Masa tu like dan komen tak banyak mana pun. Fokus utama adalah kongsikan awareness kewangan.

Dedahkan scam ni sekadar isi masa lapang sahaja. Bukan dapat duit pun. Dapat haters lagi ada. Hahahah!

Sehinggalah saya dedahkan projek perumahan Alfafa pada tahun 2013, di sinilah segala-galanya berubah.

Kali ini ia begitu cepat viral dan ramai followers dan haters muncul. Dan selepas itulah saya berkenalan dengan Norsham 😌

Daripada situlah saya diserang bertalu-talu oleh Norsham sendiri dan pengikutnya sehingggga didoakan qunut Nazilah oleh scammer tersebut.

Skim ini memakan masa bertahun-tahun untuk tersontot dengan jayanya.

ETA Tok Belagak

Manakala skim emas ETA Tok Belagak yang saya singgung setahun selepas Alfafa, tersontot lebih awal berbanding Alfafa.

Skim emas Tok Belagak lebih dahsyat tohmahan yang saya terima, berbanding Alfafa.

Begitu juga dengan skim Kopi Pak Belalang yang membawa nama ARBA, akronim nama sahabat baginda, Abdul Rahman bin Auf.

Sejak itu satu persatu skim-skim yang saya pernah berikan amaran berhati-hati, tersontot satu demi satu.

Dan setiap kali pendedahan dibuat, akan ada tohmahan diberikan dan selalunya lebu kurang sahaja skripnya

“Inilah orang Melayu kita, dengki bisnes orang lain”.

“Nak tutup rezeki orang lak tu”

“Janganlah tabur pasir dekat periuk nasi orang lain”

Anda boleh tambah sendiri….

Ada yang bertanya, bagaimana saya dapat kesan sesuatu itu skim sontot atau pun bukan?

Klunya ialah too good to be true… Sebenarnya ia tak perlukan ilmu kewangan tahap PHD atau IFP pun untuk mengetahuinya.

Ia hanya perlukan logik yang waras.

Logik ke skim ni boleh bagi pulangan sebegitu rupa?

Betul boleh jadi kaya dengan cara mudah macam ni?

Jawab beberapa soalan di atas sudah memadai utk tahu ia scam atau bukan.

Cuma saya tidaklah akan terus katakan ia scam, skim cepat kaya dan seumpamanya kerana ia berisiko untuk disaman.

Saya akan berikan hint dan awareness secara umum sahaja. Malas nak hadap saman. Bukan sebab takut, tapi sebab ia banyak membuang masa dan kos.

Selepas berlaku tragedi sontot, barulah orang ramai akan percaya.

Pengalaman saya melawan scammer seperti Alfafa, ARBA, Mecca Fund sehingga pernah disaman, pernah kena ugut, pernah bonzer datang ke ofis ada ditulis dalam Buku Tersontot Di Pintu Shorga

Tak mahal pun harga buku ni, RM15 sahaja, tak termasuk postage.

Buku Tersontot Di Pintu Shorga
Buku Tersontot Di Pintu Shorga
Buku Tersontot Di Pintu Shorga

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
"Kenapa tuan berminat nak sign-up Pelan Elaun Hospital ni? Boleh…