Jangan batalkan polisi takaful anda sebelum buat perkara ini
Bayangkan…..
Bayangkan juga kalau lepas tutup polisi takaful, terjadi musibah yang sepatutnya cover dalam polisi?
Beberapa kali saya dengar kes begini. Lepas batalkan medical card, dimasukkan ke hospital. Lepas batalkan polisi, pemilik polisi meninggal dunia.
Bukan nak takutkan, tapi itulah realitinya. Takaful adalah salah satu ikhtiar dalam perancangan kewangan. Ia adalah Plan B untuk perkara yang kita tidak mahu ia berlaku.
Terbaru, terjadi kepada pelanggan ejen saya. Beberapa bulan klien tak buat bayaran polisi dan lapse, kemudian meninggal dunia.
Ejen ada kongsikan screenshot dengan balu arwah, antara ayatnya ialah “Bolehkah saya membayar semua tunggakan supaya dapat claim?”. Saya sebak membacanya, belum diberi kekuatan untuk berkongsi. Ia sangat memilukan.
Ramai ke yang nak tau? Nanti saya kongsikan conversation tersebut.
Apapun, kena ingat bahawa takaful ni adalah Plan B dan sebaiknya jangan lebih daripada 10% pendapatan kita. Jika lebih daripada tu, ia adalah overpaid.
Jika berlaku masalah ekonomi seperti sekarang, boleh review balik polisi.
Kepada yang berkira-kira nak batalkan polisi disebabkan masalah ekonomi, tolong review dulu polisi. Review polisi bukan semestinya bermaksud batalkan polisi dan kemudian langgan yang baru. Jika buat begitu, ejen akan untung dulu.
Boleh kurangkan apa yang patut. Bincang dengan ejen untuk kurangkan coverage sekaligus kurangkan bayaran bulanan. Bukan terus batalkan, yang boleh mendedahkan diri kita terhadap risiko.
Bagi yang dah batalkan polisi pula, boleh pertimbangkan untuk sign up baru. Kali ni plan betul-betul.
Untuk rancang Plan B, tak perlu keluarkan bajet besar sangat. Maksima 10% daripada pendapatan kita untuk menyediakan dana kecemasan menghadapi musibah besar kematian, lumpuh dan sakit kritikal.
Jika umur 30 tahun, dengan peruntukan RM99 sebulan boleh dapat
- Manfaat kematian RM100,000
- Manfaat kematian kemalangan RM100,000
- Manfaat kematian disebabkan sakit kritikal RM100,000
- Manfaat penyakit kritikal (CI) RM100,000
- Manfaat lumpuh kekal (TPD) RM100,000
- Manfaat elaun hospital swasta dan kerajaan RM100 sehari
- Manfaat pengecualian bayaran atau waiver disebabkan CI atau TPD pun ada
- Ada nilai tunai sepanjang tempoh polisi.
- Manfaat no 1, 2, & 3 boleh dijadikan hibah takaful.
- Manfaat kematian, lumpuh dan penyakit kritikal BERASINGAN.
Semua 10 manfaat di atas, hanya RM99 sebulan! Berminat? Klik di sini
Jika bajet terhad, dengan RM40+++ sebulan (umur 30 tahun) , dapat manfaat:
- RM200,000 kematian biasa
- RM200,000 kematian kemalangan
- RM200,000 kematian penyakit kritikal
- RM200,000 lumpuh kekal
- Manfaat kematian boleh dijadikan hibah kepada pasangan.
Bayaran RM40+++ kekal selama 20 tahun.
Berminat? Klik di sini
Berminat untuk tahu lebih lanjut? Sila isi borang di bawah.
Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran