fbpx

Kaji selidik: Benarkah deposit tinggi boleh kurangkan keuntungan bank dalam membeli rumah?

  • 1 year ago
  • 3Minutes
  • 435Words
  • 325Views

Viral komen ini beberapa hari di media sosial. Saya merujuk beberapa pihak seperti peguam hartanah, mortgage consultant, pakar pelaburan hartanah dan juga financial consultant.

Ini dapatan saya

1. Cara ini memang membantu untuk turunkan keuntungan bank. Apabila deposit tinggi, jadi hutang dengan bank berkurangan dan sekaligus ansuran menjadi lebih rendah.

2. Tapi bukan semua orang Cina buat begini. Perkara ini disahkan oleh peguam hartanah, yang mengatakan majoriti pelanggan Cina beliau beli rumah seperti biasa, sebagaimana majoriti orang lain iaitu deposit 10%.

3. Yang biasanya beli rumah dengan deposit tinggi ialah orang yang mempunyai banyak duit, tidak kira bangsa sama ada anak Melayu, anak Cina, anak India, anak Kadazan dan sebagainya…

4. Biasanya yang letakkan deposit tinggi untuk membeli rumah adalah pembeli rumah kediaman, bukan rumah pelaburan.

5. Bagi rumah pelaburan, biasanya pelabur lebih suka memanjangkan tempoh hutang kerana mereka fokus kepada aliran tunai, bukannya total bayaran.

6. Dalam pelaburan hartanah, apabila tempoh semakin panjang, ansuran semakin rendah. Apabila ansuran rendah, ia memberi lebih banyak lebihan keuntungan apabila disewakan berbanding, tempoh hutang yang pendek dengan ansuran yang lebih tinggi walaupun total hutang akan lebih rendah.

Contoh, rumah harga 250k

Hutang 35 tahun, ansuran 1k

Hutang 20 tahun, ansuran 1.5k

Jika, disewakan dengan kadar 1.8k sebulan, jika ansuran bulanan 1k ada lebihan kasar 800 sebulan berbanding ansuran 1.5k bulanan yang hanya menghasilkan lebihan 300 sahaja sebulan.

[IKLAN: Belajar ilmu-ilmu kewangan secara PERCUMA di Channel Telegram t.me/AfyanIFP]

7. Begitu juga dengan deposit. Jika hartanah pelaburan, lagi rendah lagi bagus kerana ia dapat meminimumkan modal dan entry cost, berbanding tinggikan ansuran yang akan menyebabkan modal awal menjadi tinggi.

8. Secara umumnya, mana-mana cara ada kelebihan masing-masing, yang penting ia dilakukan dengan ilmu.

9. Bagi pelabur hartanah, mereka lebih suka gunakan OPM / “other’s people money”, atau DOL / duit orang lain. Guna bank untuk beli rumah secara berhutang dan hutang itu kelak dibayar oleh penyewa. Modal guna dulu t bank, ansuran guna duit penyewa, lepas tu ada lebihan pula. Itulah cara fikir pelabur hartanah. Mereka tak kisah pun bank untung banyak mana.

10. Bagi pembeli rumah pertama untuk kediaman, pilihlah rumah yang tidak terlalu mahal. Tidak kisah rumah kecil pun, yang penting ansuran bulanan dalam kawalan. Kumpulan deposit daripada mula bekerja, supaya ansuran rumah nanti dapat direndahkan.

11. Selepas itu, boleh usahakan pula hartanah untuk pelaburan. Yang penting kena ada ilmu. Jika orang kata “high risk, high return”, kita tambah “high knowledge, high return”.

12. Suka diingatkan, dalam mana-mana pelaburan, lebih ramai yang mengalami kerugian berbanding yang untung. Walaupun atas kertas nampak cantik, tapi apabila dilaksanakan tidak seindah yang disangka. Ia akan berbalik kepada ilmu dan pengalaman.

Sekian dapatan saya. Sila kecam jika perlu

Afyan Mat Rawi, IFP
INFAQ Consultancy

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Saya terbaca nasihat supaya buat personal loan (atau personal financing)…