fbpx

Jangan Paksa Prospek Untuk Beli Produk Anda

  • 3 years ago
  • 1Minute
  • 169Words
  • 433Views

Tulisan ini diambil dari FB Tuan Norajian Kamarudin mengenai cara yang benar berhadapan dengan prospek

Mengapa agaknya ramai orang awan di luar memandang serong kepada ejen2 takaful & insurans.

Ini terjadi kerana ramai ejen takaful di luar sana yang bertindak sebagai produk pusher.

Mereka berusaha untuk menjual produk takaful mereka tanpa memperdulikan apa yang sebenarnya diperlukan oleh prospek mereka.

Ini menyebabkan prospek rasa tertekan dan merasakan seolah2 ejen memaksa mereka.

Menyebabkan mereka menjauhkan diri daripada ejen takaful/insurans.

Sepatutnya umpama kita ingin memasukkan air di dalam botol. Kita perlu buka dahulu tutup botol tersebut, kemudian barulah kita menuang air ke dalam botol tersebut.

Jika tanpa membuka penutup botol, kita terus menuang air maka air akan melimpah sahaja tidak dapat masuk kedalam botol.

Begitulah kita sebagai ejen takaful. Perlu membuka dahulu minda prospek kita. Kemudian barulah kita masuk akan apa2 maklumat yang diperlukan oleh mereka.

Apabila fikiran mereka telah terbuka maka senanglah untuk berbincang apa sebenarnya keperluan dan matlamat mereka untuk melanggan takaful.

Norajian Kamarudin
seorang ejen takaful di INFAQ Consultancy

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Di petik dari FB Mohd Nor Amir berkenaan bagaimana plan…