fbpx

Strategi untuk mengurangkan hutang rumah dengan cepat 2

  • 2 years ago
  • 2Minutes
  • 279Words
  • 673Views

Alhamdulillah, seronok saya tengok komen rakan-rakan apabila saya kongsikan strategi pendekkan hutang rumah dengan hanya bayar ansuran ke atas baki pokok.

Kaedah ini sesuai untuk hutang jenis full-flexi dan semi-flexi.

Dalam posting sebelum ini, saya kongsikan bahawa dengan bayaran ekstra RM200 sebulan, dapat jimatkan kira-kira RM50,000 dan habiskan hutang kira-kira 5 tahun lebih awal.

Dalam tangkapan skrin komen ini, seorang rakan berkongsi bahawa dia bayar serendah RM5.20 ke atas baki pokok.

Dalam reply komen yang sama, seorang lagi rakan lain berkongsi bahawa dia langgan jenis semi-flexi tapi diberitahu kena bayar dengan penggenapaan RM1,000.

Saya agak terkejut kerana biasanya ia terpakai untuk fasiliti hutang bank jenis basic term.

By right, jika semi-flexi sepatutnya tidak begitu dan tidak ada syarat jumlah minimum.

Selepas itu beliau melakukan transaksi secara online dan ternyata dengan bayaran RM100 pun boleh bayar baki pokok.

Alhamdulillah…

Jika rakan-rakan ingin lakukan perkara sama, boleh gunakan akaun online untuk semakan dan bayaran pokok hutang rumah. Jika pakai jenis flexi sebegini, memang kita boleh buat bayaran terhadap baki prinsipal sahaja.

Apapun, better rujuk bank masing-masing. Saya difahamkan, ada perbezaan praktis bagi produk-produk flexi ni.

Perkara ini jarang banker ceritakan sebenanrnya.

Malah ada syarikat yang menawarkan khidmat nasihat sebegini dengan kos yang agak tinggi pada saya. Saya pernah menyertai sebuah kompeni atas nama NGO pada tahun 2019 yang menawarkan servis ini.

Siapa yang lama follow, perasan saya pernah promote tahun 2019. Siap ada apps lagi untuk membuat pengiraan.

Namun selepas tak sampai sebulan promote, saya tak teruskan sebab yuran yang dikenakan ke atas pelanggan, lebih baik dibayar ke atas prinsipal. Mungkin kiraan tidak setepat gunakan servis mereka.

Ia bukan tak bagus, ia bagus. Cuma saya kureeeng sikit.

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
ALHAMDULILLAH! Baru terima mesej daripada Tuan Ikram Wazir, Pengurus Besar…