Jangan tergesa-gesa batal medical card

  • 4Minutes
  • 669Words
  • 8Views

NAK BATALKAN MEDICAL CARD SEBAB REPRICING DAN LANGGAN YANG LEBIH MURAH?

Akhir-akhir ini, memang ramai yang terkesan dengan kenaikan harga medical card akibat repricing.

Setiap minggu ada sahaja mesej masuk, sama ada daripada pelanggan sedia ada atau prospek baharu, mengadu tentang kenaikan caruman.

Ada yang rasa kecewa, ada yang rasa marah, malah ada juga yang rasa seperti tertipu.

Sebenarnya, perasaan itu normal. Bayangkan sudah bertahun-tahun membayar medical card dengan penuh disiplin, tiba-tiba satu hari terima notis caruman naik.

Memang bukan sesuatu yang menyeronokkan. Ramai yang mula berkira-kira untuk tukar pelan.

Ada yang melihat kepada Takaful IKHLAS, sebab saya pernah kongsikan pengalaman seorang pelanggan. Beliau sudah melanggan lebih 10 tahun, hanya sekali sahaja kenaikan berlaku.

Ada yang mula melihat alternatif lain seperti plan crowd sharing medical card WeKongsi kerana bayaran bulanan nampak jauh lebih rendah.

Ada juga yang mula mengintai pelan terus daripada syarikat takaful tanpa melalui ejen, dengan harapan lebih jimat.

Semua ini adalah reaksi semula jadi manusia.

Apabila berdepan kos hidup yang makin meningkat, fikiran kita memang mencari jalan jimat.

Tetapi, persoalannya: adakah tindakan itu benar-benar menjimatkan dalam jangka panjang?

Mari kita lihat dengan lebih tenang.

PERTAMA, ISU WAITING PERIOD.

Ramai orang terlepas pandang perkara ini.

Apabila kita tukar medical card baharu, segala waiting period akan bermula semula.

Tempoh menunggu untuk penyakit kritikal, untuk rawatan tertentu, untuk pembedahan khusus; semuanya akan reset.

Andai kata dalam tempoh menunggu itu tiba-tiba sakit, atau ada simptom yang dikesan, syarikat berhak menolak tuntutan.

Lebih malang lagi kalau sakit itu sebenarnya sudah mula wujud sebelum kita daftar pelan baharu.

Dalam keadaan itu, bukan sahaja claim ditolak, malah kita juga mungkin tidak lagi layak untuk cover sakit tersebut sepanjang hayat pelan.

Bayangkan, hanya kerana hendak jimat RM100 ke RM200 sebulan, kita hilang perlindungan berpuluh ribu ringgit yang sepatutnya kita ada.

KEDUA, SOAL HARGA PELAN YANG MURAH.

Hari ini mungkin nampak murah.

Tetapi siapa boleh jamin lima tahun atau sepuluh tahun akan datang ia masih kekal murah?

Jika kos perubatan terus meningkat dan hakikatnya, memang kos perubatan sentiasa naik; pelan itu juga boleh dikenakan repricing.

Maknanya, belum tentu langkah menukar pelan benar-benar memberi penjimatan.

Malah ia menambahkan risiko dengan hilang manfaat yang kita sudah kumpul selama ini.

KETIGA, MINDSET.

Ramai orang terlalu fokus mahu menjimatkan kos kecil bulanan.

Sedangkan masalah sebenar bukan pada medical card itu sendiri, tetapi pada kemampuan kewangan kita yang statik.

Kalau kita hanya berfikir mahu jimat RM100 ke RM200, sampai bila-bila pun kita akan berada dalam dilema yang sama.

Hari ini medical card, esok mungkin takaful kereta, lusa mungkin yuran sekolah anak.

Apa kata kita ubah fokus.

Daripada asyik fikir hendak jimatkan RM100 ke RM200, lebih baik kita fikir cara untuk tambah RM1,000 ke RM2,000 sebulan.

Kalau kita ada pendapatan tambahan sebanyak itu, repricing bukan lagi masalah besar.

Kita masih boleh bayar medical card, masih boleh teruskan perlindungan, malah ada lebihan untuk simpanan dan pelaburan.

Caranya bukan mustahil.

Tambah kemahiran, cari side income, buka peluang bisnes kecil-kecilan, atau gunakan masa lapang untuk sesuatu yang produktif.

Ramai orang yang bermula dengan kecil, akhirnya berjaya menambah pendapatan dengan konsisten.

Bezanya hanya pada tindakan.

Hakikatnya, inflasi perubatan bukan sesuatu yang kita boleh kawal.

Kos hospital, rawatan, ubat-ubatan, caj doktor, semuanya di luar kawalan kita.

Tetapi tindakan kita, mindset kita, dan usaha kita sendiri, itulah yang boleh dikawal.

Kita boleh pilih sama ada mahu kekal mengeluh setiap kali ada repricing, atau kita mahu bangunkan kewangan kita supaya lebih kukuh menghadapi apa jua kenaikan.

Ingat pepatah Melayu, jangan sampai yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran.

Jangan sampai kita cuba jimat sedikit, akhirnya hilang manfaat besar yang sudah ada di tangan.

Fikir panjang sebelum buat keputusan.

Kadang-kadang yang nampak murah, sebenarnya lebih mahal.

Kadang-kadang yang nampak jimat, sebenarnya menjerat.

Afyan Mat Rawi, IFP

IKLAN: Boleh consider alternatif medical card ini.

Ia berkonsepkan crowd sharing.

Bayar yuran keahlian RM40 sebulan dan perkongsian RM0 ke RM50 setiap bulan tanpa had umur.

Maknanya bayaran sebulan RM40 ke RM90 sebulan. Jika yuran keahlian dibayar tahunan, lagi banyaaaak jimat.

Detail di https://afyan.com/faq-wekongsi.html/

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00

www.BukuFIRE.com

Add a Comment

Recommended
Seharian program #SeminarBMW Seminar Bijak Merancang Wang hari ini. Program…