Jangan Terlalu Emosional
Dalam satu kajian, sesuatu tindakan yang diambil dalam keadaan terlalu emosional, kebarangkalian tinggi keputusan itu adalah keputusan yang salah.
Kemudiannya ia tidak akan meninggalkan kesan yang lama dan akhir sekali kita akan menyesal.
Keputusan dan tindakan yang diambil dalam keadaan rasional, lebih baik dan bertahan lama.
Pernah tak Tuan-Puan mengalami pengalaman-pengalaman sebegini?
CONTOH 1 : Anak kita melakukan sesuatu kesalahan, kemudian kita mengambil tindakan dengan memarahi dan merotannya.
Tidak lama kemudian, kita rasa sangat bersalah dan menyesal atas tindakan kita tadi yg dibuat dalam keadaan terlalu marah.
CONTOH 2 : Anda menghadiri satu program motivasi. Di dalamnya dimasukkan elemen nyanyian, pergerakan fizikal, cerita sedih menyebabkan emosi anda naik turun, dari sangat seronok, sehingga ke sangat sedih menginsafi diri.
Kemudian ada sesi “up sell” ke program lain yang lebih mahal harganya dan anda mengambil tindakan untuk membuat bayaran deposit.
Tak lama kemudian, selepas pulang dari program, anda rasa menyesal sebab bayaran penuh yang dikenakan tak masuk akal.
CONTOH 3 ; Seorang ejen produk menemui anda dan menceritakan tentang produk yang dipromosikan dengan penuh semangat.
Jika produk fizikal, ejen akan ceritakan tentang kelebihan produk dengan memainkan emosi kita keseronokan dan kegembiraan apabila membeli produk berkenaan.
Jika produk pelaburan, ejen akan ceritakan kegembiraan-kegembiraan apabila ia mendapat pulangan yang besar dalam tempoh tertentu. Juga ejen akan ceritakan , jika tidak membuat pelaburan boleh menyebabkan masalah besar apabila bersara.
Jika ia produk takaful, ejen akan ceritakan cerita-cerita sedih jika tiada takaful. Akan gambarkan penderitaan yang dihadapi apabila tidak buat perancangan awal.
Daripada cerita-cerita ejen, emosi kita akan terganggu menyebabkan kita melanggan produk yang dipromosi.
Kemudian, tidak lama selepas itu (mungkin beberapa hari, beberapa bulan, beberapa tahun) kita rasa menyesal dan sebenarnya ia tak diperlukan dan tidak sesuai pun dengan kewangan kita.
Itu contoh-contoh situasi yang biasa saya terima dan saya pernah hadapi.
Sebab itu, sesuatu keputusan perlu diambil atas dasar RASIONAL, bukan emosional.
Untuk menjadikan rasional, situasi-situasi di atas akan jadi berbeza.
Situasi
SITUASI 1 : Anak yang melakukan kesalahan, kita tegur dan nasihat dengan kata-kata yang baik.
SITUASI 2 : Program yang di”up-sell” ketika seminar yang sangat happening, kita tangguhkan dahulu untuk buat keputusan ketika program berlangsung. Kita balik rumah, tanyakan pendapat orang lain, dapatkan testimoni, cari second opinion – barulah buat keputusan bijak.
SITUASI 3 : Jika bertemu ejen jualan – jangan terus buat keputusan. Ambil masa untuk membuat analisa tentang produk tersebut. Dapatkan juga second opinion. Bandingkan dengan pilhan-pilihan lain yang ada untuk memilih produk terbaik yang paling sesuai dengan kedudukan kewangan kita.
Itulah yang terjadi apabila kita utamakan RASIONAL berbanding EMOSIONAL.
Apabila EMOSIONAL kita tinggi, RASIONAL akan jadi rendah.
Apabila RASIONAL kita tinggi, EMOSIONAL kita akan jadi rendah.
RASIONAL berkait langsung dengan IQ.
Jika anda ada kisah yang hampir sama, mohon kongsikan di ruang komen.
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi IFP
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran