Jatuh, bangun & syukur: Kisah 22 tahun sebagai ejen takaful

23
Umur Takaful IKHLAS
Umur saya pula kurang setahun, iaitu 22.
Maksud saya umur saya berada di Takaful IKHLAS dan dalam industri kewangan.
Takaful IKHLAS ditubuhkan pada 2002 dan pengambilan ejen bermula tahun 2003.
Saya ejen ke-12,725 berdaftar di sini pada Oktober 2003, Ramadan 1424 sebaik sahaja tamat belajar di UIAM.
Alhamdulillah, kekal istiqamah sampai sekarang, mungkin berkat berdaftar pada Ramadan tahun tersebut.
2025
Yang masih kekal mungkin boleh dibilang dengan jari.
Sama ada kekal di sini atau dalam industri. Jika ada, boleh munculkan diri.

22 tahun
Bohonglah kalau saya katakan semua best menjadi ejen takaful, bisnes yang penuh rejection.
Jatuh bangun sepanjang berada dalam industri ini, hampir semua saya pernah hadapi.
– Kena datang training (of course la, baru jadi ejen kenalah belajar),
– Setiap pagi tempuh jammed dari Gombak ke Bangsar South untuk sesi Dhuha Meeting (lambat masuk kena bayar dam),
– Kena sediakan 100 nama prospek,
– Kena buat direct approach (rasa macam nak mati buat benda ni),
– Kena buka booth (kitonyo malu),
– Kena buat cold call (aktiviti paling saya takuti),
– Mesej prospek tapi tak respon. Zaman pakai SMS, tak ada bluetick,
– Ke hulu ke hilir naik motor untuk appointment,
– Pernah motosikal hampir habis petrol dalam perjalanan dari Gombak ke Putrajaya,
– Pernah drive jauh dari Gombak ke Pantai Timur balik hari untuk jumpa prospek (mula-mula close, tapi lepas seminggu kena sailang),
– Bawa laptop ke hulu ke hilir untuk mudah buat quotation,
– Kena pastikan satu rim kertas A4 dalam kereta setiap masa dan ketika untuk sentiasa bersedia buat presentation,
– Dial time kena buat 40 panggilan telefon sehari,
– Susun sehingga 7–8 appointment sehari, dan pernah ke SEMUA appointment sehari tu batal
– Kena sidai dengan prospek waktu appointment (masa jadi leader, kena sidai dengan ejen pula),
– Bawa beg briefcase ke sana sini berisi borang takaful (zaman tu semua manual),
– Buat quotation berjam-jam lepas tu prospek reject,
– Lepas close, kena isi borang cadangan takaful secara manual berjam-jam,
– Borang cadangan kena reject,
– Polisi lulus tapi lepas tu lapse, terminate,
– PR koyak (lepas tu kena repair, ia mimpi ngeri ejen takaful),
– Claim ditolak (lepas tu kena marah walhal bukan salah saya pun),
– Kena marah dengan leader (ok, ini memang sebab salah saya sendiri),
– Klien kena sailang dengan ejen lain,
– Bergaduh dengan leader (lepas jadi leader, bergaduh pula dengan ejen… haha),
– Ejen kena sailang, tak cukup MOC, berhenti, kena terimate,
Apa saja yang saya tak pernah hadap? You name it!
“Bahawa sesungguhnya di setiap kesukaran, pasti ada kemudahan. Dan sesungguhnya di setiap kemudahan, ada kesukaran.” Surah Al-Insyirah, ayat 5–6
Selepas semua itu, macam-macam Allah bagi:
– Lancar buat presentation kepada prospek dengan baik,
– Pelanggan yang baik hati dan berkualiti,
– Closing ratio 50%,
– Income naik berkali-kali-kali ganda dari RMXXX ke RMXXXXXXZ (jangan kira X tu, saja nak bagi hype),
– Pergi overseas trip secara percuma setiap tahun dari 2011 hingga kini,
– Umrah dan ziarah Palestin PERCUMA (ini trip paling best, dapat tengok Masjidil Aqsa dan Kaabah depan mata),
– Bina personal branding sebagai perunding kewangan kegemaran rakyat Malaysia (ok, ini self-claim),
– Kumpul ramai followers di medsos (dan haters of course),
– Beli dan kumpul aset, dan kemudian bayar zakat sama dengan jumlah income suatu ketika dahulu,
– Bina modul kewangan sendiri,
– Hasilkan e-learning Bijak Merancang Wang dengan jualan lebih setengah juta dalam masa kurang setahun,
– Tulis beberapa buah buku kewangan dan ada yang sudah 7 kali ulang cetak sejak 2021,
– Jemputan mengendalikan seminar kewangan selllluruh negara,
– Lahirkan ejen-ejen berkualiti,
– Hantar ejen-ejen untuk trip-trip percuma macam saya dapat dulu,
– Lahirkan leader-leader baru.
“Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?”, maksud ayat Surah Ar-Rahman.
Betapa banyak yang Allah dah berikan asbab bermula bisnes takaful yang saya mulakan secara tak sengaja ini
Dan sepanjang tempoh itu juga:
– Pernah terlintas beberapa kali untuk berhijrah ke syarikat lain ketika sistem syarikat mengalami masalah sistem operasi suatu ketika dulu,
– Pernah juga ditawarkan untuk sertai syarikat lain dengan skim yang boleh gantikan pendapatan yang saya dapat di sini,
– Pernah juga ditawarkan untuk menjadi FAR dan hampir sertai (sebenarnya sudah sebelah kaki sebagai FPR),
– Pernah juga diajak untuk menubuhkan firma FA sendiri (banyak kali juga meeting ke arah itu),
– Pernah terjebak sekejap dengan sebuah ALC dan hampir sertai,
– Pernah juga ditawarkan untuk tubuhkan ALC sendiri.
Namun, saya setia orangnya.
Dan lewat 22 tahun ini, saya bersyukur kerana kekal di sini.
Ramai juga rakan-rakan yang berhijrah pernah ajak berhijrah sekali, namun majoriti masih berada di takuk sama berbanding minoriti yang meningkat.
Tidak kira 3tier, ALC, FAR – ia hanyalah medium. Kita boleh berjaya tidak kira di mana.
Benih yang baik campak ke darat menjadi bukit, campak ke laut menjadi pulau.
Selepas 22 tahun, macam-macam berubah:
– Hampir semua dalam talian. Meeting dalam talian, training dalam talian, presentation pun dalam talian tapi risiko kena sidai tetap ada,
– Ejen-ejen dah tak pakai borang manual. Mulanya bertukar ke iPad dan sekarang pakai telefon bimbit sahaja,
– Satu-satunya syarikat yang boleh buat bisnes takaful hanya pakai telefon bimbit, tak perlu beli iPad,
– Ejen saya sekarang dah tak buat aktiviti paling seram: cold calling, direct approach atau buka booth. Kalau ada pun, ia adalah pilihan mereka untuk lakukan, bukan atas “paksaan”,
– Buat pemasaran dalam talian sahaja pakai media sosial, FB, TikTok dan iklan berbayar,
– Closing pun dalam talian sahaja. Pakai WhatsApp, 100% boleh close lebih RM10K ACE sebulan,
– Komisen sekarang 40% pada tahun pertama. Masa saya mula jadi ejen, komisen 25% dan 35% sahaja,
– 40% ni tinggi. Ada dua je syarikat yang saya tahu bagi komisen 40%, salah satunya di sini,
– Jauh beza kenaikan komisen ejen 40% dengan 25% untuk jangka masa 12 ke 24 bulan.
Banyak yang berubah, tapi ada satu sahaja yang kekal — disiplin.
Bisnes takaful tidak pernah menjadi mudah.
Yang ada hanyalah ejen berdisiplin dan cekal berank menghadapi cabaran dan perubahan zaman.
Hanya yang cekal akan kekal.
Teringat kata-kata GAM , Tuan Haji Isa Sabitan sewaktu menjadi ejen dahulu:
“Road to success is always under construction.”
Perjalanan itu masih jauh, walau hanya di depan mata.
Terima kasih kepada semua yang memberi sokongan terutama sang isteri, Mama Abah, ahli keluarga dan para sahabat serta tidak lupa para followers terutama yang menjadi pelanggan.
Afyan Mat Rawi
22 tahun sebagai ejen takaful, dan masih mengira masa.
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran