fbpx

Hibah Takaful Boleh Selesaikan Hutang?-Kes 1

  • 2 years ago
  • 2Minutes
  • 291Words
  • 815Views

Hibah takaful boleh selesaikan hutang?

Lihat situasi ini.

Fathah (bukan nama sebenar) dan Faruza (bukan nama sebenar) ialah suami isteri.

Fathah melanggan takaful dengan coverage RM500,000 dan meletakkan nama isterinya sebagai penerima hibah takaful 100%.

Di berpesan kepada isterinya;

“Kalau abang meninggal kelak, tolong bayarkan hutang-hutang Abang”.

Sebagai isteri yang taat, Faruza mengangguk.

Langit tidak selalunya cerah. Tapi mujurlah payung sempat disediakan sebelum hujan turun.

Selepas beberapa tahun, Fathah meninggal dunia dan selepas beberapa bulan Faruza menerima pampasan daripada polisi arwah suaminya berjumlah RM500,00 menerusi kaedah hibah. Jadi pampasan takaful tersebut adalah 100% miliknya kini.

Sementara itu, selain isteri, arwah Fathah turut meninggalkan beberapa orang waris lain iaitu; ibu, ayah, adik-adik dan 3 anak perempuan.

Aset yang ditinggalkan arwah ialah 2 buah rumah, 2 buah kereta, dan wang simpanan RM100,000. Nilai rumah-rumah dan kereta ialah RM1,000,000.

Kesemua rumah dan kereta masih mempunyai baki hutang sebanyak RM500,000, dan tiada sebarang cagaran takaful seperti MRTT.

Soalan: Jika anda berada di posisi Faruza, adakah anda akan membayar hutang Fathah menggunakan wang hibah takaful tadi, yang selepas itu harta-harta tersebut perlu dikongsi sesama ahli waris lain?

Nota: Hak faraid isteri ke atas harta arwah suami ialah 1/8 atau 12.5%.

Boleh berikan komen anda. Nanti petang sikit saya berikan pandangan saya kalau ramai nak tahu.

Follow Afyan Mat Rawi, IFP

Bersambung di artikel: Hibah Takaful Boleh Selesaikan Hutang?-Sambungan Kes 1 

Berminat untuk tahu lebih lanjut? Isi borang di bawah:

Wakil kami akan hubungi insyaALLAH utk sesi penerangan dan konsultansi.

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Ini ialah sambungan posting terdahulu dengan tajuk sama. Baca: Hibah…