Jawapan Saya Berkenaan Hukum ASB
Sejak bertahun-tahun jawapan saya apabila ditanyakan pandangan saya berkenaan hukum ASB di dalam #SeminarBMW, di FB, sesi personal dan lain-lain medium, ini jawapan standard saya;
“Saya bukan pakar dalam bidang Muamalat jika hendak memberikan pandangan dari sudut hukum. Majlis Fatwa Kebangsaan sudah fatwakan ASB sebagai harus dalam masa sama ada juga beberapa negeri yg mengfatwakan ASB tidak patuh syariah. Jadi ia khilaf, dan selaku orang awam kita boleh pilih yang mana yang kita yakin. Saya secara personal sudah lama keluarkan duit ASB sebelum fatwa harus dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan menghormati khilaf dari kalangan alim ulama berhubung perkara ini.
Dengan perkembangan terbaru, InsyaAllah ini jawapan yang saya akan sampaikan jika ditanyakan lagi selepas ini;
“Majlis Fatwa Kebangsaan mengharuskan ASB dan selllluuuruuuh majlis-majlis fatwa negeri tidak ada yang mengharamkan ASB”.
IKLAN: ASB Financing PALING RENDAH DI DUNIA.
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran