fbpx

Preference share / RPS /RPS-I

  • 2 years ago
  • 6Minutes
  • 1071Words
  • 1334Views

Sejak tahun lepas, beberapa rakan bertanyakan tentang preference share / RPS /RPS-I.

Seorang rakan memberi tahu, ada ejen menceritakan bahawa ia adalah pelaburan yang disahkan oleh Suruhanjaya Sekuriti yang memberi jaminan pulangan bulanan.

Sebaik sahaja mendengar “jaminan pulangan bulanan”, maka saya terus triggered.

Macam biasa dengan ayat tu masa saya duk berlawan dengan Tok Belagak, Mecca Fund, Norsham Alfafa, Highway Group dsb. Bagi yang tak tahu, boleh rujuk buku saya, Tersontot Di Pintu Shorga 😁

Ok, kembali ke cerita di atas.

Kemudian saya berikan sedikit advise supaya berhati-hati jika nak melabur.

Saya maklumkan bahawa jaminan pulangan bulanan itu bukanlah disahkan oleh Suruhanjaya Sekuriti, tetapi ia hanya ada dalam maklumat informasi pelaburan berkenaan yang diserahkan oleh pihak syarikat kepada SC.

Ia bukan bermaksud bahawa SC mengesahkan pulangan bulanan itu. Lalu saya juga cadangkan agar rakan saya itu menghantar emel kepada Suruhanjaya Sekuriti untuk mendapat pengesahan sejauh mana maklumat yang diterima itu benar.

Tidak lama kemudian, SC memberi maklum balas berkenaan syarikat tersebut seiring maklumat yang saya kongsikan.

SC maklumkan bahawa pelabur perlu membuat due diligence sebelum melabur serta menyiasat dan menyemak sendiri sebelum mempertimbangkan untuk melabur. Ia pelaburan yang legit tapi bukan bermaksud pulangan tetap itu disahkan oleh SC.

Sebenarnya “preference share” adalah game orang-orang kaya atau disebut sebagai High Nett Worth Individual / Investor. Ia sudah lama wujud tapi disebabkan maklumat itu hanya diketahui oleh golongan kayangan, maka ia tidaklah sepopular unit trust, hartanah, saham, Kripto dan sebagainya.

Sebagaimana pelaburan lain, ia turut mempunyai risiko. Dalam hal ini, memang pulangan yang ditawarkan adalah tinggi tapi dalam masa sama ia juga mempunyai risiko yang besar.

“With great power comes great responsibilty”.

Eh, maaf. Tak boleh move on pula dari Spiderman.

Maksud saya: High risk, high return.

Jadi, ia sesuailah untuk orang-orang kayangan. Setakat RM50,000, kalau syarikat tak berjaya dalam projection keuntungan atau lambat bayar pulangan, tak jadi hal.

Tapi ia jadi masalah apabila setahun dua ini ia dipromosi kepada orang awam tanpa mengira latar belakang kewangan pelaburan. Dan difahamkan group ejensi yang mempromosi RPS / RPS-I ini adalah group ejensi yang bermasalah dalam memasarkn produk pelaburan sebelum ini. Difahamkan juga, komisen ejen juga tinggi, melebihi komisen ejen unit trust menyebabkan ramai juga ejen-ejen unit trust yang tertarik sebagai ejen.

Kemudian, pelabur tertarik dengan pulangan yang ditawarkan, ditambah pula dengan dakwaan “disahkan oleh Suruhanjaya Sekuriti”, dipromosi pula oleh ejen yang berpewatakan alim, ada title Dato Sri, menambahkan lagi keyakinan mereka.

Meraka tak siasat pun latar belakang syarikat, potensi syarikat, akaun, audit dan sebagainya. Walhal itulah sepatutnya yang dilakukan sebelum melabur.

Ada yang kumpul ahli keluarga dan sanak keluarga untuk berkongsi modal sebab minima pelaburan adalah sekitar RM30,000 ke RM50,000. Ada yang buat personal loan disebabkan projection keuntungan diberikan. Ada yang jual tanah. Ada bergolok bergadai untuk melabur.

Ada juga produk RPS RPS-I yang menawarkan pulangan berdasarkan stage. Maksudnya, lagi tinggi modal, lagi tinggi peratusan keuntungan dijamin.
Kemudian, terjadilah apa yang terjadi….

Afyan Mat Rawi
Penulis buku “Tersontot Di Pintu Shorga”.

Bacaan tambahan:
“400 rugi RM54 juta beli saham keutamaan syarikat Datuk Seri
Februari 24, 2022 @ Berita Harian
KUALA LUMPUR: Lebih 400 individu didakwa kerugian RM54 juta akibat ditipu skim pembelian saham keutamaan syarikat pasangan bergelar Datuk Seri dan Datin Seri yang juga bekas kakitangan sebuah syarikat penyiaran swasta.

Datuk Seri itu dikatakan bekas pengurus pemasaran kanan dan isterinya pula bekas wartawan penyiaran, manakala mangsa termasuk golongan profesional, doktor, polis dan pesara.

Seorang mangsa yang mahu dikenali Ana berusia 54 tahun, berkata jaminan pulangan dividen sebanyak empat peratus setiap bulan menjadi tarikan utama untuk menjerat mangsa supaya membeli saham berkenaan.

Selain itu, Ana yang menjalankan perniagaan sendiri berkata, mangsa terpengaruh dengan sifat rendah diri, lemah lembut dan pemurah Datuk Seri itu yang memberi sumbangan wang ihsan, coklat dan bunga dari semasa ke semasa.

“Sepanjang tahun lalu memang dapat dividen dijanjikan itu, namun bermula bulan lalu pembeli saham mula tidak menerima pulangan berkenaan.

“Kalau diikutkan memang setiap tujuh haribulan akan terima dividen. Kita hubungi syarikat itu, mereka memaklumkan akan bayar dividen lambat sedikit iaitu pada 8 atau 9 Januari, namun sampai sekarang tiada berita dan bulan ini pun sama.

“Dianggarkan RM54 juta kerugian dialami lebih 400 pembeli saham itu termasuk saya. Kami berasa marah, tidak berpuas hati dan cuba hubungi pihak syarikat dan Datuk Seri itu tetapi tidak berjawab, malah hantaran e-mel pun tidak dibalas. Mereka menghilangkan diri tanpa khabar berita,” katanya pada sidang media, hari ini.

Berkongsi pengalamannya ditipu Datuk Seri itu, Ana berkata dia dan seorang rakannya terpaksa menanggung kerugian RM2.45 juta.

Katanya, dia pergi ke pejabat syarikat itu Desa Park City, di sini pada pertengahan bulan lalu untuk mendapatkan penjelasan, namun hampa selepas premis sudah dikosongkan.

Cubaannya pergi ke rumah Datuk Seri itu berdekatan pejabat terbabit juga gagal kerana dikawal ketat pengawal keselamatan.

“Selepas beberapa hari, saya mendapat panggilan telefon daripada seorang lelaki yang mendakwa sebagai polis minta saya datang ke pejabat komersial Bukit Aman di Kuala Lumpur berkaitan pembelian saham itu.

“Saya kemudian hadir dan bertemu empat individu dengan seorang mendakwa polis, seorang penasihat undang-undang Datuk Seri itu dan dua daripada Suruhanjaya Sekuriti (SC).

“Mereka melampirkan dua dokumen kononnya saya terbabit pengubahan wang haram dan jaminan tidak mengganggu Datuk Seri, ahli keluarga serta rakannya. Individu terbabit mendesak saya untuk tandatangani dokumen itu serta mengugut akan dipenjarakan jika gagal berbuat demikian.

“Saya hanya tandatangani dokumen jaminan itu. Selepas itu, saya baru menyedari kumpulan itu membuat penyamaran dan satu laporan polis berkaitan perkara itu dan penipuan saham berkenaan dibuat di Balai Polis Travers pada 31 Januari lalu,” katanya.

Perunding kewangan, Azman, 35, pula mendakwa kerugian RM30,000 manakala 46 kenalannya RM4.68 juta.

“Ada dalam kalangan mangsa ibu tunggal dan penoreh getah. Mereka gunakan wang disimpan berpuluh tahun untuk dapatkan dividen ini.

“Kita minta syarikat itu pulangkan modal wang diberikan mangsa. Ini amanah syarikat dan tidak boleh sewenang-wenangnya ditangani seperti ini.

“Datuk Seri boleh berjumpa dengan kami jelaskan apa sebenarnya berlaku. Jangan hilangkan diri dan membiarkan isu ini berbulan-bulan seolah-olah tiada apa yang berlaku,” katanya.

Sementara itu, pesara dikenali Johari, 59, berkata dia kerugian RM90,000 manakala lapan kenalannya RM730,000 selepas terbabit pembelian saham berkenaan.

Katanya, dia mula terbabit pembelian saham itu pertengahan tahun lalu dan mewar-warkan kepada rakan selepas yakin dengan sistem pelaburan berkenaan.

“Pembelian saham keutamaan dengan dividen tetap memang diperakui SC, malah ada syarikat yang menawarkan dividen hingga 4.5 peratus.

“Namun dalam hal ini Datuk Seri itu sudah mengambil kesempatan dan menipu kami. Pihak syarikat juga tidak memberi sebarang penjelasan ke mana duit kami pergi,” katanya.

Sementara itu, usaha BH untuk mendapatkan komen Datuk Seri dan isterinya itu gagal selepas panggilan dibuat masuk peti mel suara.

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Beberapa hari lepas, gegak gempita di Twitter Safdar Alam dan…