fbpx

Jemputan sesi live bersama bangsa anti bank islam masih belum mendapat sambutan

  • 2 years ago
  • 2Minutes
  • 313Words
  • 373Views

Tak ada ke mana-mana pihak daripada bangsa anti bank Islam yang sudi untuk live bersama saya?

Nampak rajin sangat bagi komen duk kata bank Islam haram, bank Islam riba, bank Islam menindas, bank Islam agenda Israel, bank Islam dikawal Rostchild, bank Islam aganda freeshiping dan aluminium…

Saya bagi hujah balas siap hadith, siap fakta, siap figure tapi masih tak faham-faham kemudian tuduh saya spin.

Saya nak ajak live untuk bangsa anti bank Islam bentangkan hujah-hujah dam jawab soalan yang diajukan semasa sesi live.

Jangan risau, ia bukan sesi debat. Kalau nak buat debat, panggil pihak ketiga untuk organize. Saya bersedia untuk berdebat topik ini.

Saya ajak live dengan wakil bangsa anti bank Islam sebagai tetamu dan saya sebagai MC sahaja. Takkan la macam tu pun tak berani?

Nampak sembang lebat. Saya dah pernah jemput bekas CEO Bank Muamalat yang banyak mengkritik bank Islam, tak ada sebarang kejadian tidak diingini berlaku. Selepas sesi itu, beliau kekal dengan pendirian beliau, dan saya kekal dengan pendirian saya.

Jadi, kali ini saya nak offer kepada netizen yang suka sangat bagi komen di FB saya untuk muncul live. Cammmoooon! Yukenduit!

Bukan senang dapat peluang macam ni.

Ia semacam PH/PN buka pentas untuk panggil musuh politik bagi ceramah atas pentas sendiri. Tuan rumah hanya sebagai MC, musuh politik yang bagi ceramah.. Mana ada pemimpin politik berani buat macam ni? Panggil musuh bertandang di gelanggang sendiri

Taoi saya bukan pemimpin politik. Saya penyokong tegar sistem kewangan Islam yang disahkan patuh syariah, ingin memanggil mana-mana netizen yang memusuhi perbankan Islam atas apa jual alasan untuk tampil.

Ini bukan kali pertama saya offer. Setakat ini belum ada mana-mana netizen yang berani komen pung pang pung pang, tapi apabila diajak live macam-macam alasan diberikan.

Alasan paling biasa diberikan ialah “saya bukan jenis cari perhatian”, tapi dalam masa sama suka cari perhatian di komen FB saya

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Bersama dengan para Spiderman daripada pelbagai multiverse. Pagi ini saya…