fbpx

JSJK bongkar sindiket pelaburan: PAKKP masih dalam penafian?

  • 3 days ago
  • 2Minutes
  • 236Words
  • 13Views

Setelah viral sidang media Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Polis Diraja Malaysia (JSJK) yg membongkar sindiket pelaburan ayam kampung, pihak PAKKP masih cuba menegakkan benang basah mereka melalui siaran di portal mereka, screenshot yg dikongsikan.

Mari baca apa penjelasan mereka:

*************************

*PER : LAPORAN MEDIA* *PADA 12 JULAI 2024*

*Merujuk kepada perkara di atas.*

*Adalah dimaklumkan bahawa ianya adalah proses siasatan yang dibuat pada hujung bulan Jun 2024 yang lepas untuk membantu siasatan pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM).*

*Pihak pengurusan PAKKP telah dibebaskan dengan jaminan polis setelah tempoh reman berakhir, khususnya setelah memberikan kerjasama yang baik sepanjang proses siasatan.*

*Diharap semua peserta dapat bertenang dan tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan pihak berkuasa.*

*Teruskan berdoa agar pihak pengurusan PAKKP dan pihak berkuasa dapat selesaikan siasatan isu-isu ini dengan baik, adil dan saksama.*

*Segala kesulitan amatlah dikesali.*

*Sekian, untuk makluman.*

*********************

Nampak?

Drama biasa apabila terkantoi. Mereka akan cuba damage control dgn harapan mangsa-mangsa masih boleh diperdayakan untuj terus bertahan dengan sistem mereka, dan ada harapan untuk terus melabur dan tambah pelaburan baru.

Bila lah nak pandai, mereka yg dah terrsontot ini?

Polos dah buat tangkapan pun masih lagi dalam mode denial syndrom.

Dibebaskan dengan jaminan polis itu, maksudnya tunggu lengkap kertas siasatan untuk didakwa la. Reman dah tak perlu sambung sebab bukti dah kukuh. Tanda bukti kukuh dan kes kuat, adalah polis berani buat sidang media.

Antara ahli PAKKP yang masih mengharapkan keajaiban?

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Untuk yang tak kenal, Ustaz Arham Merican pernah menjadi Ketua…