Jualan Amal Setahun Lalu, Masihkah Kau Ingat?
Ini adalah poster dan screenshot yang saya post setahun lalu, tentang Jualan Amal untuk menampung kos guaman saman Alfafa terhadap saya.
Secara tepatnya pada 17.01.2017.
Masihkah kau ingat?
Sampai sekarang saya rasa kesal dan ralat atas apa yang berlaku.
Rentetan itu, saya jadi malas lagi hendak lakukan perihal pembongkaran scam sebegini lagi.
Pertama,
Malas dan lebih nak turun naik mahkamah walaupun ada potensi menang sebab sebelum saya post sesuatu posting pasal scam, saya sudah buat kajian dan pastikan tulisan saya tiada unsur fitnah. Buang masa dan buang tenaga.
Kedua,
Apabila disaman sebegini, ia memerlukan kos yang tinggi untuk hire peguam. Membazir duit untuk dikeluarkan disebabkan saman sang scammer.
Ketiga,
Yang berikan sokongan memang ramai termasuk yang makan pop-corn. Tapi malangnya majoriti hanya suka menonton sahaja bukan untuk menghulurkan bantuan. Jualan amal untuk kumpul kos guaman ini berbulan-bulan baru cukup. Walhal, jika seorang buat beli RM10 hanya memerlukan 3,000 pembeli sahaja daripada 50,000++ followers saya ketika itu. Hanya perlukan bantuan tak sampai 10% pun yg membeli ebook ini.
Keempat,
Iklan jualan amal ini juga menyumbang haters. Ada segelintir yang sudahlah tidak memberi sokongan, malah ada yang pertikaikan ke mana wang ini pergi.
Ke-5,
Saya sudah kumpul penulisan saya pengalaman melawan scammer dalam buku TERSONTOT DI PINTU SHORGA. Baca dan hadamkan buku tersebut nescaya anda akan selamat dari scammer di dunia.
Terakhir,
Terima kasih buat rakan-rakan yang menyokong. Maaf, saya tak layak digelar pejuang anti-scammer. Berikan ia kepada yang layak dan yang meminta.
Sekian,
Wassalam.
Afyan Mat Rawi,
Bukan pejuang Anti-Scammer.
Nota: Saya akan langsaikan kes Alfafa dan Kopi Pak Belalang yang saya sudah mulakan beberapa tahun lalu.
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran