Justifikasi boikot syarikat Amerika dan isu double standard
Berapa ramai rakyat Malaysia yang menyumbang secara tak langsung kepada syarikat-syarikat di Amerika Syarikat yang jelas menyokong Israel?
Kalau kita boikot McDonald’s Malaysia atas dasar syarikat tersebut membayar royalti kepada McDonald’s Corporation yang berpusat di Amerika Syarikat, maka justifikasi sama perlu dijalankan kepada syarikat-syarikat lain, kan?
Atau boleh ke kita guna alasan “Kalau tak dapat buat semua, jangan tinggal semua”, untuk boikot McDonald’s tapi dalam masa sama masih nak guna juga produk-produk USA yang lain?
Atau yang lain-lain kita buat-buat tak nampak dan berikan justifikasi “tak ada alternatif” untuk tidak boikot?
Atau disebabkan yang lain-lain dikatakan memberi manfaat kepada kita, kita tak boikot tapi dikatakan disebabkan McDonald’s tak beri manfaat kepada kita maka kita boikot?
“Kalau tak mampu buat semua, jangan tinggal semua” adalah kaedah fiqh.
Kalau guna kaedah ini, mestilah ada sandaran dalilnya juga.
Takkanlah digunakan ikut sedap tekak ke atas McDonald’s tapi tutup mata terhadap Facebook, Apple dll.
FB lagi besar rasional untuk mereka yang nak boikot, , sebab ia terang-terangan menyokong Israel berbanding McDonald’s yang sampai sekarang tiada bukti nyata.
Malah Facebook juga mengurangkan reach posting sokongan terhadap Palestin.
Boleh berpindah kpd Twitter dan Tiktok yang lebih bebas suarakan pasal Palestin, dan tak ada bukti sumbangan terhadap Israel berbanding Facebook dan META.
Boleh gunakan kaedah sama untuk menolak Facebook jika betul nak boikot.
Jadi kesimpulan yang saya buat, alasan “Kalau tak dpt semua, jangan tinggal semua”, sekadar utk menutup double standard yang berlaku, bukan real.
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran
Terima kasih atas perkongsian yang padat dan memberi pemahaman tentang isu boikot syarikat Amerika dan isu double standard. Analisis yang jelas dan logik memberikan pandangan yang baik untuk refleksi diri. Teruskan menyumbang kepada kesedaran masyarakat. Terima kasih tuan admin!