fbpx

Jutawan Felda

  • 5 years ago
  • 2Minutes
  • 335Words
  • 614Views

Jutawan Felda

Dua tiga hari ini kecoh pasal isu Felda.

Tiba-tiba teringat kisah “Jutawan Felda”. Tak ada kaitan pun dengan isu peneroka Felda pemalas yang dicetuskan oleh Tokoh Felda Chef Wan.

Ia kisah peneroka yang menjadi jutawan segera di Felda LBJ, Sepang.

Mereka mendapat pampasan RM1 Juta selepas kerajaan mengambil alih tanah Felda mereka untuk pembangunan Lapangan Terbang KLIA dan sekitarnya.

Mereka hanya memegang status sebagai jutawan hanya kira-kira beberapa tahun sahaja apabila harta tersebut diguna sedikit demi sedikit. Malah ada kisah kereta mewah yang dibeli ketika menjadi jutawan ditarik bank.

Apa yang berlaku dalam tempoh 3 tahun tersebut?

Dalam masa 3 tahun tersebut, mereka mula menerima laba yang tidak pernah terfikir dalam fikiran dan mimpi mereka selama ini menjadi jutawan.

Jutawan segera yang menerima RM1,000,0000 – tidak pernah terbayang pun dalam pemikiran mereka selama ini.

Apa jadi selepas itu?

mereka mula rambang mata, beli kereta, renovate rumah, belanja ikut suka malah ada yang melabur dalam skim pelaburan mengarut sehingga tersontot.

Akhirnya, mereka memegang title “bekas jutawan”.

Mungkin mereka sangka RM 1 juta itu boleh kekal 7 keturunan.

Fenomena ini biasa berlaku kepada orang yang mendapat wang besar secara tiba-tiba. Ini kerana minda mereka tidak bersedia dengan wang sebegitu besar.

Orang yang tidak biasa dengan duit sebesar itu akan condong menggunakan duit itu sehingga akhirnya mereka kembali kepada kedudukan kewangan asal mereka.

Sebagaimana para pelajar universiti yang menerima wang pinjaman / biasiswa yang sedebuk banyaknya pada awal semester, akan condong untuk menggunakan wang tersebut secara melulu seperti membeli gajet, lap top, dan sebagainya. Di awal semester makan lamb chop, di hujung semester makan meggi dengan chop stick.

Tabiat sama dibawa selepas grad, apabila menerima gaji pertama kerja, cenderung untuk membuat pinjaman membeli kenderaan semaksimum mungkin.

Akhirnya, wal hasil balik asal. Awal bulan makan lamb chop, hujung bulan makan meggi dengan chop stick.

Bukan duit semata yang menjadi kita kaya atau miskin, tapi mindset.

Ada orang yang banyak duit tapi mempunyai mindset orang miskin. Ada juga orang yang tidak berduit, tapi mempunyai mindset jutawan.

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Takaful Trust, Mengapa anda perlu tahu : Alternatif Hibah Takaful…