fbpx

Jutawan tidak lagi bekerja, kerana kerjaya mereka adalah lifestyle mereka

  • 8 months ago
  • 2Minutes
  • 359Words
  • 472Views

Tempoh hari saya berjumpa dengan seorang sifu saya, seorang jutawan dalam bidang kewangan.

Saya berguru dengan beliau sejak kira-kira 12 tahun lepas, ketika saya sebagai ejen takaful lagi.

Ketika bersembang-sembang, dia berkata,

“Tahun depan umur saya akan masuk 60 tahun, dan saya akan renew retirement-goal saya”.

“Maksud Tuan?” saya tertanya-tanya.

“Dahulu, saya target nak bersara pada usia 60 tahun lagi. Tapi nampaknya saya kene renew balik. Mungkin saya akan bersara 10 ke 20 tahun lagi”.

“Sebab apa?”

Beliau tak jawab “Sebab boleh, dik”, mungkin sebab beliau tidak mengikuti pun perkembangan media sosial. Saya sempat jenguk akaun FB beliau, bertahun-tahun tidak dikemaskini.

Ingvar Kamprad salah seorang billionare (Founder IKEA)

Apa yang beliau jawab sungguh mind-blowing

“Saya ada anak yang masih bersekolah rendah, berusia 10 tahun. Kalau saya bersara dan berehat-rehat di rumah, saya akan tunjukkan contoh yang tidak baik kepada anak saya sepanjang 10 ke 20 tahun akan datang.”

Saya menangguk-angguk.

Sambungnya lagi,

“Jadi, saya akan bekerja macam biasa, setiap pagi hantar dia ke sekolah dan pergi ke pejabat dan balik seperti biasa. Supaya anak saya melihat saya bekerja dan memberi inspirasi untuknya”.

Mendengar sahaja penjelasannya, terus saya teringat apa yang saya belajar selama ini.

Orang kaya bukan bekerja untuk duit. Sama ada wang sudah bekerja untuk mereka, atau ada orang yang bekerja untuk mereka.

Mereka yang bekerja untuk duit adalah orang biasa-biasa daripada golongan pertengahan dan golongan miskin.

Orang yang benar-benar kaya, mereka bukan lagi bekerja untuk duit sebab pekerjaan mereka itu sudah menjadi sebahagian daripada gaya hidup mereka.

Mereka tidak bekerja sebenanrnya, tali mereka melakukan hobi mereka dan hobi itu mendatangkan wang untuk mereka.

Mereka jadikan apa yang mereka sukai sebagai pekerjaan mereka, lalu mereka tidak lagi bekerja sebenanrnya.

Mereka hanya jalankan hobi mereka dan ia menjadi sebagaimana hidup mereka.

Berbanding orang biasa-biasa, bekerja untuk dapatkan duit dan kemudian gunakan duit tersebut untuk lakukan perkara yang mereka sukai.

Perkara ini juga saya kongsikan dalam buku Financial Independence Retire Early.

Ada beberapa contoh tokoh yang menjadi jutawan apabila mereka lakukan apa yang mereka sukai, dan perkara yang mereka sukai itu menghasilkan wang.

Di mata orang biasa, mereka dilihat melakukan kerja. Tapi di kaca mata jutawan, mereka sedang melakukan hobi mereka.

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Ramai orang duk komplen terutama bangsa anti bank Islam yang…