fbpx

Kajian Yang Dilakukan Berkaitan Kewangan

  • 4 years ago
  • 2Minutes
  • 363Words
  • 396Views

1. Satu kajian di US mendapati bahawa kadar penceraian seiring dengan naik turun ekonomi negara. Ketika negara dilanda krisis ekonomi, tahap perceraian meningkat.

2. Dari satu kajian Psychological Science in the Public Interest di US, mendapati bahawa tahap kebahagiaan 400 jutawan oleh Majalah Forbes, sama dengan tahap kebahagiaan yang dikecapi oleh penduduk orang-orang asli di Kepulauan Masai, Afrika!

3. Masalah kewangan tidak datang secara tiba-tiba. Antara punca banyaaaaaaaaaak masalah kewangan bermula dari muda ialah daripada pembelian kereta. Beli kereta tak salah tapi ramai yang beli kereta yang salah dan menuju ke #nerakawang

4. Bermula daripada membeli kereta yang salah menyebabkan beban kewangan daripada fresh graduate, akhirnya membawa ke alam rumah tangga.

5. Permasalahan kewangan akan lebih kronik apabila berhutang untuk kahwin. Sudahlah masa belajar berhutang (PTPTN, MARA, JPA dll), selepas grad berhutang beli kereta, nak kahwin tambah satu lagi hutang personal loan!

6. Apabila masalah kewangan mulai bertambah, orang akan cuba cari solusi seperti buat hutang baru untuk tutup hutang lama, atau pun cari kerja part time untuk tambah pendapatan.

7. Realitinya, solusi yang dibuat tadi hanya menyelesaikan masalah kewangan untuk jangka masa pendek dan dalam masa sama menimbulkan masalah-masalah baru.

8. Buat hutang baru untuk selesai hutang lama akan menyebabkan tempoh hutang makin panjang. Ada juga yang pendapatan makin besar dalam masa sama perbelanjaan juga bertambah.

9. Selain dari berhutang, ada yang cuba selesaikan masalah kewangan dengan buat kerja part time, buat bisnes part time, cari kerja lain yang dpt gaji lebih tinggi dsb

10. Tapi apa yang berlaku ialah, masalah kewangan tidak selesai. Dari gaji RM1,500 naik ke RM2,000 – masalah kewangan tak selesai. Naik ke RM3,000 – pun tak selesai. Pendapatan naik ke RM5,000 ke RM10,000 pun masalah sama berlaku.

11. Sebenarnya ada satu perkara lagi yang lebih penting yang ramai terlepas pandang – UBAH MINDSET. Mindset umpama akar pada sebatang pokok.

12. Jika sesuatu pokok itu mengeluarkan buah yang tidak elok, yang kena kita baca ialah “akar”, maka begitulah juga masalah kewangan. Yang kita kita kena fokus ialah “akar” permasalahan, bukannya “buah”

13. Fokus untuk baiki “akar” iaitu mindset kita tentang kewangan. Kena letak “baja” dengan ilmu melalui bahan pembacaan dan pembelajaran.

Bagaimana nak dapat baja ilmu? Jom sertai E-Learning Seminar Bijak Merancang Wang #eSeminarBMW

KLIK www.SeminarBMW.com

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi 

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Saya baru terbaca posting daripada Dr Azizul Azli Ahmad ini pagi ini.…