Cara Mengurus Masa

25 Easy Ways To Wake Up, Feel Awesome, And Stay Positive.

Saya baru terbaca posting daripada Dr Azizul Azli Ahmad ini pagi ini.

Memang cerah mata baca tulisan beliau ini:

“Zaman sekolah dulu ada seorang Professor dari UUM datang ke sekolah.

Professor ini bercerita tentang satu topik saja, iaitu masa. Saya tak pasti apa yang menarik sangat, sama ada dia seorang Professor atau topik masa itu yang dia sampaikan.

Saya belum pernah dengar ceramah dari seorang Professor waktu itu, maka semua cakapnya saya teruja.

Ceritanya,

Jika berjanji dengan orang Arab. Sebaiknya sebelum keluar kita tanyakan dia kembali apakah perjumpaan hari ini jadi?

Jika kita telah sampai ketempat temujanji, kita harus menunggu selama sejam lagi. Jika lepas sejam dia tidak sampai, sebaiknya balik sahaja kerana boleh jadi besok baru dia datang.

Mereka sukar menepati masa

Kami semua ketawa.

Jika berjanji dengan orang Jepun, jangan hubungi dia. Sebaiknya ambil hotel berdekatan dengan tempat temujanji dan bermalamlah sehari awal sebelum waktu temu janji.

Mereka sangat menepati masa dalam berjanji.

Beliau juga bercerita tentang konsep masa ‘Janji Melayu’ dan ‘Jam karet’ bagi bangsa Indonesia dalam menepati masa. Keduanya memiliki persamaan. Tidak akan sampai tepat pada masanya.

Dalam kami ketawa, ada benda yang saya ingat dan saya amalkan hingga kini, ceritanya.

“Di rumah saya, jam kami cepatkan 15 minit hingga kini. Maka kami semua akan sentiasa lebih awal dari orang lain.”

Saya mula cepatkan jam saya lebih 5 minit awal dari waktu biasa sejak itu, waktu itu baru tingkatan 2 seingat saya.

Hinggalah saya belajar di Universiti, jam saya cepat 15 minit lebih awal dari waktu biasa.

“Itu bohongi diri sendiri namanya”. Saya pernah disindir begitu oleh rakan sekuliah bila tahu jam saya cepat 15 minit dari waktu biasa.

Apa yang saya dapat dari percepatkan masa ini.

1. Saya sentiasa paling awal dan buka dewan kuliah zaman belajar.

2. Saya boleh siapkan banyak tugasan belajar berbanding rakan lain.

3. Saya tamat pengajian Sarjana paling awal berbanding 32 rakan sekuliah saya. Saya konvo bersendirian tanpa rakan kuliah waktu program master.

4. Saya tamat pengajian Ph.D lebih awal dari tempoh yang diberikan oleh KPT. Seramai 7 calon yang dihantar, hanya saya yang tamat sebelum tempoh 3 tahun.

Masa adalah benda percuma, maka kita tak pernah rasa ianya bernilai.

Dalam menguruskan masa ini tidur pun ada teknik rupanya!

Ada strategi untuk dapatkan tidur yang berkualiti berdasarkan kajian oleh Dr. Hamza Al-Hamzawi, dalam “The Art of Sleeping”, dihuraikan dalam ebook ini.

Boleh baca di link ini Teknik Masa

Selamat membaca dan menguruskan masa.

Kita tidak perlukan jam mahal untuk menghargai masa.

Abah Qilah
Sayangi Masa”

Sentap tak baca tulisan beliau?

Siapa sentap, “Say I!”

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com