Kalau benarlah ada pelaburan setinggi itu, sepatutnya kerajaan yang patut labur dulu
Dahsyat!
Andaikan profit minima 1% sehari, bermakna setahun akan jadi 365%.
Jika labur RM10,000, boleh dapat pulangan RM36,500 dalam masa setahun!
Kemudian dalam masa 3 tahun dah boleh jadi RM1 juta!
Pakcik kayo!
Kalau benarlah ada pelaburan setinggi itu, sepatutnya kerajaan yang patut labur dulu.
Lepas kerajaan labur dan untung, boleh selesaikan segera hutang negara dan hutang 1MDB.
Kemudian boleh bagi mansuhkan semua tol di sellluruuh Malaysia dan bagi duit minyak kepada pengguna yang lalu tol.
Boleh bagi balik subsidi ayam, minyak, tepung dan segala macam subsidi yang ada di Malaysia.
Tabung Haji pun patut buat macam ni. Boleh bagi dividen Tabung Haji 20%, siap boleh hantar jemaah pergi haji balik hari.
PTPTN pun boleh labur di sini. Boleh mansuhkan hutang PTPTN dan pulangkan balik kepada peminjam yang dah selesaikan hutang PTPTN.
KWSP pun boleh labur di sini. Pencarum KWSP boleh bersara umur 25 tahun.
PNB pun kena labur di sini, supaya dapat bagi pulangan kepada pelabur ASB 50% setahun. Hoho!
Promosi TERKEJUT Buku Bijak Merancang Wang dengan harga RM29 sahaja! Harga biasa RM49, tapi hari ini saya buat PROMOSI TERKEJUT RM29 sahaja (tak termasuk postage)
Klik
Bukubmw.com/
Bukubmw.com/
Bukubmw.com/
*Ini adalah BUKU FIZIKAL, bukan ebook.
*Dalam pakej ini mengandungi
- Naskah fizikal BUKU BIJAK MERANCANG WANG
- Rakaman video Live Seminar BMW dengan durasi 5 jam
- Ebook PKP (Poket Kian Pokai? Poket Kena Penuh!), 100 halaman.
- Sertai FB Group Bijak Merancang Wang
- Peluang menjadi affiliate produk-produk BMW
*Harga tak termasuk penghantaran
*Penghantaran mengambil masa kira-kira 7 hari bekerja
Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran