Kalau yakin emas solusi, kenapa tak buat sendiri

Ada di kalangan bangsa anti bank Islam mencadangkan agar tukar matawang kepada emas.
Saya balas balik cadangan, apa kata kalau bangsa anti bank Islam sendiri yang buat sendiri tunggu bank-bank Islam buat.
Apa kata?
Ini sedikit simulasi, untuk gunakan emas sebagai alternatif pembiayan perumahan
– Harga emas sekarang RM550 / gram (saya genapkan untuk memudahkan kiraan)
– Pinjam 1080 gram emas yang bernilai RM594,000. Rumah dijadikan cagaran pinjaman tersebut.
– Bayar balik 3gm sebulan selama 30 tahun. 3 gram × 12 bulan × 30 tahun = 1,080 gram.
– Pinjam 1,080 gram (atau 1.08 kg) emas, bayar balik 1,080 gram dalam masa 30 tahun
– Qardhul Hassan. Tiada riba. Simple produk sahaja.
—-
Kalau ia dibuat 30 tahun dahulu, ia akan jadi begini;
– Harga emas tahun 1995, adalah sekitar RM35 segram
– Anggaran harga rumah teres ketika itu ialah RM107,100 iaitu bersamaan dengan 3,060 gram atau 3.06 kg emas.
– Bayar balik 8.5 gram sebulan selama 30 tahun
– Pinjam 3.06 kg emas dan bayar balik 3.06 kg emas. Qardhul hassan. Tiada riba.
Untuk rekod, 3.06 kg emas sekarang bernilai RM1,683,000 atau RM1.683 juta.
Dan ansuran 8.5 gram sebulan sekarang bernilai RM4,675 untuk harga rumah RM107,100 yang dibeli 30 tahun lepas
Amacam? Sanggup tak cara ni? Jika sanggup, boleh dah bangsa anti bank Islam mulakan.
Kumpulkan semua penyokong-penyokong bangsa anti bank Islam untuk buat. Boleh lantik UND sebagai penasihat syariah institusi berkenaan.
Boleh mohon lesen koperasi, ia bukan di bawah BNM. Lagipun emas memang bukan di bawah bidang kuasa dan kawal selia BNM.
Boleh dapatkan sokongan daripada Quantum Metal yang ada bertan-tan emas. Malah antara tokoh bangsa anti bank Islam pun adalah orang kuat QM.
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00

