fbpx

Perbankan Islam: Riba, haram dan tidak patuh syariah – Mengapa tajuk ini penting untuk dibincangkan bersama PPIM (2)

  • 12 months ago
  • 3Minutes
  • 510Words
  • 463Views

Sdra Fadzil Hashim mencadangkan tajuk umum dan bukan tajuk PERBANKAN ISLAM RIBA, HARAM DAN TIDAK PATUH SYARIAH.

Katanya, saya yang kata. Pelik betul dakwaan beliau. Walhal selama ini PPIM yang keluarkan dakwaan sedemikian.

“Perbankan Islam riba! Perbankan Islam haram! Tak patuh syariah! Menipu Allah! Menipu rakyat Malaysia selama 40 tahun! Penasihat syariah dibayar untuk menghalalkan riba!”

“OK, jom kita buat sesi diskusi live tajuk PERBANKAN ISLAM HARAM, RIBA DAN TIDAK PATUH SYARIAH

“Eh, saya tak kata pun. Kamu yang kata””&-£=/£! £@%+£-#)(@@@”

Saya kongsikan balik tulisan tadi, kenapa saya insist sangat-sangat untuk sesi diskusi dengan PPIM itu bertajuk PERBANKAN ISLAM RIBA, HARAM, TIDAK PATUH SYARIAH adalah kerana

1. Itulah yang didakwa oleh mereka selama ini. Ia bukan rahsia, selama ini itulah naratif yang dibawa oleh PPIM.

2. Jika tajuk lain seperti “Perbankan Islam tidak sempurna”, “Perbankan Islam perlu tambah baik”, “Perbankan Islam banyak membawa masalah dalam masyarakat”, atau seumpamanya, ia tidak membawa ke mana sebab saya pun pun setuju bawahan perbankan Islam tidak sempurna dan memang perlu tambah baik.

3. Tajuk berbeza membawa naratif berbeza.

Umpamanya saya membuat tuduhan “Kau murtad, kau kafir, akidah kau tergelincir”, sudah tentu berbeza dengan tuduhan “kau tak sempurna, kau tak hensem, kau banyak masalah”.

Itulah sebab-sebab utama kenapa tajuk ini yang saya usulkan.

Isu lain seperti Malakat Mall, Bank Noriba, Raudhah City dan seumpamanya bukan isu utama. Saya sokong semua usaha tersebut. Jika ia tidak berjaya, ia normal sebagai sebuah projek bisnes yang sudah tentu mempunyai risiko.

Saya bukanlah sesiapa pun. Bukan kerja bank, bukan penasihat syariah bank, bukan pakar syariah. Hanya seorang perunding kewangan Islam yang menyokong penubuhan perbankan Islam sebagai alternatif perbankan konvensional.

Jadi, apabila ada pihak yang mendakwa bahawa perbankan Islam haram, riba dan tidak patuh syariah, ia perlu dibuktikan dengan dalil Quran Hadith, bukan sekadar memberikan persepsi.

Saya difahamkan, PPIM tidak pernah pun mengadakan sesi perbincangan dengan mana-mana penasihat syariah perbankan Islam apabila mereka membuat tuduhan tersebut. Mereka boleh jumpa dengan Along, jadi takkan tak boleh berjumpa diskusi dengan pihak penasihat syariah bank-bank Islam di Malaysia?

Sebenarnya tahun lepas saya sudah mengusahakan untuk membuat sesi live topik bertajuk sama. Mula-mula saya offer kepada bangsa anti bank Islam yang selalu sangat menyerang Facebook saya atau yang suka mengulas topik ini di media sosial, tapi sampai ke sudah tak ada yang berani muncul.

Sehinggalah ada cadangan untuk memanggil bekas CEO Bank Muamalat, yang selalu digunakan oleh PPIM sebagai sandaran. Saya bersetuju dan usahakan.

Namun agak memeranjatkan apabila pihak beliau mencadangkan kepada topik lain iaitu PERBANKAN ISLAM MEMBAWA KEMUDARATAN KEPADA RAKYAT. Malah sepanjang sesi live berlangsung, tidak ada sepatah beliau mengatakan bahawa perbankan Islam haram, riba dan tak patuh syariah. Apabila ditanya berkenaan hukum, beliau mengatakan bahawa perlu rujuk alim ulama.

Jadi tajuk sesi diskusi terbuka itu adalah PERBANKAN ISLAM RIBA, HARAM DAN TIDAK PATUH SYARIAH, sebagaimana PPIM dakwa dan sebarkan selama ini amat sesuai untuk diadakan untuk memberi penerangan kepada masyarakat.

Artikel berkaitan :

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended