fbpx

Kartun Ghibli

  • 2Minutes
  • 344Words
  • 15Views

Tiba-tiba hasil lukisan AI menggunakan corak dan gaya Ghibli Studio semakin viral, seantero media sosial seluruh dunia.

Sehinggakan pemimpin-pemimpin negara turut memaparkannya dan tidak ketinggalan PMX juga

Malah ia juga mendapat respon daripada pengasas Ghibli Studio hang tidak senang dengan perkembangan ini.

Apa kata kita kenali Ghibli Studio ini dengan lebih dekat lagi?

Trivia Studio Ghibli

1. PENUBUHAN STUDIO GHIBLI:

– Ditubuhkan pada 15 Jun 1985 oleh Hayao Miyazaki, Isao Takahata, dan Toshio Suzuki.

– Selepas kejayaan filem Nausicaä of the Valley of the Wind (1984).

2. ASAL-USUL NAMA ‘GHIBLI’:

– “Ghibli” berasal dari perkataan Itali yang bermaksud angin panas Sahara.

– Nama ini juga diambil daripada pesawat Caproni Ca.309 Ghibli.

– Melambangkan “angin baharu” dalam industri anime.

3. FILEM PERTAMA STUDIO GHIBLI:

– Laputa: Castle in the Sky (1986) merupakan filem pertama keluaran rasmi Studio Ghibli.

4. KEJAYAAN AWAL:

– Kiki’s Delivery Service (1989) menjadi filem paling laris di Jepun pada tahun tersebut.

5. PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA:

– Spirited Away (2001) memenangi Anugerah Akademi untuk Filem Animasi Terbaik (2003).

– Filem bukan berbahasa Inggeris pertama yang menang kategori ini.

6. MUZIUM GHIBLI:

– Terletak di Mitaka, Tokyo.

– Dibuka pada 1 Oktober 2001.

– Menampilkan proses pembuatan animasi dan tayangan filem pendek eksklusif.

7. MASKOT IKONIK:

– Totoro dari My Neighbor Totoro (1988) menjadi maskot rasmi Studio Ghibli.

– Muncul dalam logo studio dan pelbagai barangan rasmi.

8. PEMULIHAN FILEM DALAM FORMAT 4K:

– Studio Ghibli memulakan proses pemulihan filem mereka ke format 4K.

– Bermula dengan Princess Mononoke (1997).

9. PENGGUNAAN ANIMASI TRADISIONAL:

– Studio Ghibli masih mengekalkan animasi lukisan tangan walaupun CGI semakin meluas.

10. TEMA ALAM SEKITAR:

– Banyak filem seperti Nausicaä of the Valley of the Wind dan Princess Mononoke mengetengahkan mesej penjagaan alam sekitar.

11. FILEM GRAVE OF THE FIREFLIES:

– Grave of the Fireflies (1988) diarahkan oleh Isao Takahata dan diterbitkan oleh Studio Ghibli.

– Filem ini diadaptasi daripada novel semi-autobiografi karya Akiyuki Nosaka.

– Mengisahkan dua beradik yang berjuang untuk terus hidup semasa Perang Dunia Kedua di Jepun.

– Dikenali sebagai salah satu filem animasi perang paling menyedihkan sepanjang zaman.

Studio Ghibli terus menginspirasi dunia dengan animasi berkualiti tinggi dan jalan cerita yang bermakna.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Jujurnya, saya setuju bahawa proses negosiasi jauh lebih baik berbanding…