Kategori mereka yang membuat pengeluaran KWSP
Berdasarkan feedback sepanjang PKP lepas, mereka yang mengeluarkan wang KWPS melalui skim I-Sinar, I-Citra, I-Lestari dan sebagainya, selalunya terbahagi kepada 3 kategori
1. Kategori pertama, yang betul-betul gunakan untuk survival hidup mereka yang dibelanjakan untuk keperluan asas.
2. Kategori kedua pula yang gunakan sebagai suntikan modal bisnes atau pelaburan. Kategori ini ada 2 golongan
a. Bisnes / pelaburan mereka berjaya
b. Bisnes / pelaburan mereka gagal.
3. Kategori ketiga pula yang gunakan untuk perkara bukan keperluan seperti membeli handphone, renovate rumah, melancong dan sebagainya.
Saya tidak ada statistik perkara tersebut. Ia berdasarkan komen-komen di posting-posting saya sebelum ini dan di serata media sosial.
Yang betul-betul memerlukan bantuan KWSP bersasar adalah golongan pertama.
Terbaca satu komen ini di posting saya. Katanya:
“Aku cagar KWSP dan pinjam duit RM10K, buat modal business Menu RAHMAH. Aku bayar bulan-bulan RM116 selama 10 tahun, Semua RM14K.
Lepas HABIS 10 tahun aku dapat:
1. Business aku kedai makan
2. KWSP aku akan menjadi RM15,500 termasuk pulangan KWSP bagi 5.5% setahun
Inilah idea PMX untuk cagarkan KWSP. Dia sediakan jala untuk rakyat cari ikan. Bukan beri rakyat makan ikan setiap hari tanpa nak usaha.
KWSP simpanan hari tua. Nak hari-hari keluar, simpanlah d ASB.”
Sebelum teruskan, suka saya tegaskan bahawa saya sokong keputusan kerajaan untuk hentikan sebarang pengeluaran KWSP kerana ia sudah banyak kali dibuat dan kantung KWSP semakin menipis
Dalam masa sama saya hanya sokong jika pengeluaran bersasar dibuat kepada golongan yang benar-benar-benar terdesak.
Ok, berbalik kepada screenshot komen di atas.
Sekali tengok memang genius orang yang mampu lakukan perkara tersebut. Idea tersebut memang bijak.
Pinjam 10k, settle masalah dan dapat buat kedai makan Menu Rahmah.
Kalau pinjam RM100K, mungkin boleh membina empayar bisnes selllluuuruuuh negara.
Tapi ia hanya teori sahajalah… Jika yang mendesak pengeluaran KWSP ini terdiri daripada mereka yang bijak bisnes, tak perlu tunggu pun inisiatif kerajaan untuk mencagarkan KWSP. Mereka dah buat pinjaman sendiri tanpa perlu cagaran KWSP sebelum ia dicadangkan.
Golongan ini adalah dalam kategori kedua daripada 3 jenis pengeluar KWSP yang lepas-lepas. Golongan ini juga sudah ambil kesempatan daripada pengeluaran-pengeluaran KWSP sebelum ini.
Golongan ini golongan yang rare. Mereka bukan daripada mereka yang terdesak memerlukan bantuan.
Mereka yang sangat terdesak adalah mereka yang perlukan bantuan untuk teruskan survival hidup buat masa sekarang. Perlu sediakan makanan di atas meja, yang perlu bayar hutang piutang keliling pinggang dan dalam masa sama pekerjaan mereka terjejas malah mungkin hilang pekerjaan.
Jika benar hendak berikan “jala ikan” kepada mereka, tolong sediakan peluang pekerjaan. Jika hendak galakkan mereka berniaga, sediakan latihan yang secukupnya supaya bisnes mereka berjaya.
Statistik menunjukkan, hanya 20% yang mengeluarkan wang KWSP untuk melabur mendapat pulangan yang lebih tinggi daripada dividen KWSP.
Dan statistik juga menunjukkan 90% bisnes gagal dalam masa 3 tahun.
Justeru, idea untuk memberi pinjam supaya mereka berniaga masih lagi memberi “ikan”, bukan memberi “jala”. Bisnes yang mereka jalankan kemungkinan besar 90% akan gagal.
Jadi, inisiatif memberi pinjaman dan cagarkan KWSP ibarat gali lubang tutup lubang.
Jika hendak teruskan juga idea memberi pinjam, biarlah KWSP yang meminjam daripada bank dan sediakan inisiatif-inisiatif bantuan kepada rakyat yang terdesak.
Kemudian wang tersebut diberi pinjam kepada pencarum yang terdesak dan perlu bayar balik tanpa faedah. Dengan cara ini, wang KWSP tetap tidak terusik dan pencarum masih boleh berniaga memiliki kedai Menu Rahmah dalam masa 10 tahun akan datang, jika berjaya.
Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran