fbpx

OPR naik lagi!

  • 1 year ago
  • 2Minutes
  • 418Words
  • 207Views

OPR naik lagi!

Pandangan popular : Ia menyusahkan rakyat.

Pandangan tidak popular : Ia utk memulihkan ekonomi.

UPDATE:
Selepas posting di atas, ramai yang bertanya bagaimana OPR naik boleh memulihkan ekonomi. Jadi saya kongsikan tulisan lama yang ditulis pada bulan Mei lepas.

Bagaimana kenaikan OPR boleh menurunkan inflasi?

Pening juga nak faham, tapi ini teorinya:

Sebaik sahaja tamat PKP, rakyat dilihat mula berbelanja banyak dan ia dapat dilihat apabila
– jalan raya semakin sesak,
– pusat peranginan mula sesak,
– pasar raya makin penuh,
– hotel dan homestay banyak yang fully booked.

Ia ada kaitan dengan apa yang berlaku selama 2 tahun PKP:
– moratorium beberapa kali
– I Sinar, I Citra
– pengeluaran KWSP RM10,000
– OPR diturunkan beberapa kali sehingga paras paling rendah dalam sejarah

Jadi apabila PKP ditamatkan dan rakyat kembali bebas, ekonomi dilihat semakin pulih dan dalam masa sama harga barang semakin meningkat apabila permintaan semakin tinggi.

Ia ada kaitan dengan supply & demand. Apabila supply terhad dan demand tinggi, maka harga akan meningkat. Rakyat menggunakan wang lebihan mereka untuk berbelanja.

Jadi, untuk mengelakkan inflasi terus meningkat, maka kerajaan mengambil keputusan untuk menaikkan OPR.

Apabila OPR, kadar ansuran akan meningkat.

Apabila kadar ansuran meningkat, rakyat kurang berbelanja.

Apabila kurang berbelanja, maka demand pun akan berkurangan.

Apabila demand berkurangan, harga tidaklah naik tinggi sangat.i

Ia kembali kepada supply & demand tadi.

Dalam masa sama, apabila OPR tinggi, maka pulangan untuk produk simpanan dan pelaburan bank seperti fix deposit, akaun semasa, Tabung Haji, ASB dsb juga dijangka tinggi.

Maka ia menggalakkan orang untuk menabung dan menyimpan, sekaligus kurang berbelanja.

Dan apabila kurang berbelanja maka demand kurang dan harga tidak mencanak naik.

Dan ia kembali kpd supply & demand tadi.

Itulah secara teorinya.

Make sense? Atau nonesense?

Semoga Allah selamatkan Malaysia daripada segala bala bencana ekonomi.

Tonton juga video ini : Kenapa perbankan Islam pun guna OPR?

@afyan.ifp

Reply to @_adamfik Kenapa perbankan Islam pun guna OPR? Jangan lupa FOLLOW dan LIKE!#JomBelajar #TikTokGuru #LearnOnTikTok #Motivasi #MotivasiKewangan #selamathariguru

♬ Motivation & Inspiration – Alec Koff

Walaupun OPR naik, harga buku Bijak Merancang Wang #BukuBMW TURUN!

Promosi TERKEJUT Buku Bijak Merancang Wang dengan harga RM39 sahaja! Harga biasa RM49, tapi hari ini saya buat PROMOSI TERKEJUT RM39 sahaja (tak termasuk postage)

Klik
Bukubmw.com/
Bukubmw.com/
Bukubmw.com/

*Ini adalah BUKU FIZIKAL, bukan ebook.
*Dalam pakej ini mengandungi

  • Naskah fizikal BUKU BIJAK MERANCANG WANG
  • Rakaman video Live Seminar BMW dengan durasi 5 jam
  • Ebook PKP (Poket Kian Pokai? Poket Kena Penuh!), 100 halaman.
  • Sertai FB Group Bijak Merancang Wang
  • Peluang menjadi affiliate produk-produk BMW

*Harga tak termasuk penghantaran
*Penghantaran mengambil masa kira-kira 7 hari bekerja

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Baca : OPR naik lagi - Bah 1 OPR naik…