Kawal Perbelanjaan

Tulisan di FB Tn Muhammad Ridhuan Abdul Malik berkenaan emosi dalam mengawal perbelanjaan.

“Takaful itu cuma salah satu dari perancangan kewangan, apa yang paling asas ialah CashFlow.”, kata saya.

“Cashflow yang positif bila ada baki pada hujung bulan setelah bayar bil, bayar rumah, bayar kereta,tolak perbelanjaan rumah, kos sara keluarga, anak-anak, dan macam-macam lagi.”, tambah saya.

“Bila negatif tu yang jadi masalah pada perbelanjaaan kita.”

Inilah skrip biasa bila saya berceloteh atau buat ‘presentation’ kepada klien.

Sifir mudah asas perancangan kewangan ialah apa yang duit keluar dari poket itu maksudnya kita bayar dan apa yang masuk poket itu maksudnya pendapatan kita.

Dan apa faktor penting yang mendorong poket selalu kering dan tiada lebihan atau baki?

Jawapannya ialah perbelanjaan kita.

Dan apa pula yang mendorong kita berbelanja?

Jawapannya ialah emosi.

Dapat kawal emosi, dapatlah kawal perbelanjaan.

Ridhuan Malik
INFAQ Consultancy

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com