Keadilan untuk Zara: Hentikan penyebaran maklumat tidak sahih dan spekulasi

Maklumat Zara dimasukkan ke dalam mesin basuh yang viral tempoh hari adalah tidak benar dan dinafikan oleh peguam keluarga arwah.
Juga untuk mengaitkan dengan mana-mana VVIP juga sudah dinafikan oleh peguam mereka.
Begitu juga dengan jalan cerita yang mengatakan ada jeritan “kau pembunuh” oleh para pelajar kepada pelajar tertentu, juga sudah dinafikan.

Info tentang 3 pelajar dipindahkan dari sekolah tersebut, turut dinafikan oleh peguam.
Malah plot twist juga dinafikan oleh peguam keluarga Zara sejak hari pertama dilantik.
Jadi adakah nama-nama ini juga tidak benar? Ia sudah banyak tersebar.
Bukan itu sahaja, ia disebarkan dengan wajah dan maklumat peribadi mereka, yang entah betul entah tidak.
Jika ia benar, siapa yang ada maklumat, maklumlah kepada pihak berkuasa. Jika tidak yakin, boleh maklumkan kepada peguam yang dilantik oleh keluarga Zara.
Bayangkan jika maklumat ini juga tidak benar sebagaimana cerita arwah dimasukkan dalam mesin basuh?
Bukankah ia satu bentuk kezaliman terhadap mereka yang tidak bersalah?
Ya, kita semua mahukan keadilan terhadap arwah Zara dan mahukan pembunuh sebenar ditangkap.
Kita juga terkejut kenapa post moterm tidak diadakan sebelum Zara dikebumikan, dan tambah terkejut apabila ia masih tidak dibuat walaupun ada permintaan oleh keluarga arwah.
Dan kita juga resah, pelik, dan marah apabila pihak berkuasa dilihat lambat mendedahkan hasil siasatan sehingga banyak spekulasi timbul.
Ya, kita semua mahukan keadilan tertegak dan kezaliman dihapuskan.
Namun ia bukanlah lesen untuk kita sebarkan maklumat yang belum sahih.
Keadilan wajib ditegakkan dengan keadilan.
Dan kezaliman wajib ditumbangkan, tapi bukan dengan kezaliman yang baru.
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00

