Kebakaran rumah & kereta: Ramai tak sedar mereka tak dilindungi

Tadi saya dihubungi wartawan sebuah stesen TV untuk memberi pandangan tentang keperluan mendaoatkan perlindungan rumah dan kereta untuk kes kebakaran.
Ya, memang ada keperluan untuk pemilik rumah dan kenderaan melanggan takaful tambahan yang memberi perlindungan bagi kes kebakaran seumpama itu.
Jika rumah, tidak cukup hanya cover dengan MRTT atau MLTT.
Manakala untuk kenderaan pula, tidak cukup hanya dengan takaful kenderaan biasa.
Ramai sangka MRTT atau MLTT sudah mencukupi untuk lindungi rumah.
Padahal, MRTT atau MLTT hanya lindungi baki pinjaman jika berlaku kematian atau hilang upaya kekal kepada pemilik
Untuk kes kebakaran, perlu ada perlindungan tanbahan untuk rumah dan kenderaan.
PERTAMA: Perlindungan Rumah
Kebakaran boleh musnahkan rumah dalam sekelip mata.
Tanpa perlindungan, pemilik rumah terpaksa tanggung kos pembaikan atau pembinaan semula sendiri.
Tapi dengan perlindungan takaful rumah (houseowner/householder), pemilik boleh tuntut pampasan untuk:
– Struktur bangunan (jika ambil polisi houseowner)
– Isi rumah seperti perabot, barangan elektrik (jika ambil householder)
– Kos sementara tempat tinggal
– Kos pembaikan semula
Namun, bukan semua pemilik rumah ambil perlindungan ini, walaupun mereka ada hutang rumah.
Ramai hanya ambil MRTT / MLTT untuk perlindungan hutang, bukan rumah.
Dan bank pun tak wajibkan ambil takaful rumah, sebab ia bukan syarat pinjaman.
Jika rumah terbakar, ansuran hutang rumah tetap kena bayar macam biasa.
KEDUA: Perlindungan Kenderaan
Kebanyakan pemilik hanya ambil perlindungan asas – third party atau first party.
Tapi ramai tidak sedar, first party sekalipun tidak melindungi kereta daripada kebakaran, melainkan ada tambahan perlindungan khas.
Untuk dilindungi daripada kebakaran, pemilik perlu tambah rider “Special Perils”, yang melindungi kereta daripada:
– Banjir
– Tanah runtuh
– Ribut
– Pokok tumbang
– Kebakaran
Sebenarnya kos untuk perlindungan tambahan ini tidaklah besar mana.
Bagi takaful houseowner householder rumah ia sekitar 0.106 % ke 0.23%. Makannya bagi setiap RM100,000 sumbangan maksima ialah RM230 sahaja setahun.
Pastikan nilai perlindungan untuk fizikal rumah sahaja, bukan termasuk nilai tanah.
Contohnya jika harga hartanah di Lembah Klang ialah RM¹,000,000, mungkin nilai sebenar binaan rumah tersebut ialah RM400,000 sahaja.
Jadi, cukuplah letak nilai perlindungan untuk binaan rumah tersebut RM400,000 sahaja, bukan RM1 juta.
Manakala untuk takaful tambahan bagi kenderaan pula sumbangan tahunan ialah 0.5%.
Takziah buat semua mangsa yang terlibat dalam nahas di Putra Height.
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran