fbpx

Ajaran Sesat Dalam Industri Unit Trust. Kalau Guna Cara Kiraan Ajaran Sesat Ini, Return ASB / KWSP / TH Pun Boleh Dapat 12% Setahun

  • 7 years ago
  • 4Minutes
  • 665Words
  • 2006Views

Inilah contoh #nerakawang dan #ejendarineraka

Ia bukan ilusi, ia realiti. Ejen-ejen sebeginilah yang mengamuk, melatah dan meroyan apabila saya kongsikan fakta dari CEO EPF bahawa 20% sahaja pencarum EPF yang mengeluarkan wang dari akaun 1 mereka untuk unit trust yang buat untung.

Saya sertakan 2 kes ini sebagai rujukan.

2 kes dari 2 kompeni berbeza.

KES 1:

Rujuk gambar 1 dan gambar 2

Dalam gambar 1, ejen memberi maklumat berikut:

Modal: RM6540
Nilai semasa: RM13828
Keuntungan: RM7,288
Tempoh: 9 tahun
ROI: 111.43%

Kesimpulan ejen: Keuntungan 12.38% setahun

Figure 12.38% ini akan dicacang-canang untuk membandingkan dengan ASB, TH dan KWSP.

Walhal, tak sampai pun 10%.

Rujuk gambar 2, gunakan applikasi financial calculator, menggunakan function “ROI Calculator”, boleh dapat jawapan sebenar.

12.38% yang dicanang-canang untuk dibandingkan dengan ASB, TH atau KWSP – SALAH SAMA SEKALI.

Perbandingan yang langsung tidak adil dan tidak tepat. Ia hanyalah pulangan “Simple Annualize ROI”, yang langsung tidak digunakan oleh mana-mana laporan badan-badan research pelaburan dan kewangan seperti Bloomberg, Lipper Leader, Novagni, Morningsta dan lain lain.

KES 2:

Rujuk gambar 3

Fakta dari ejen;
Total Return: 238%
Tempoh: 13 tahun

Kesimpulan ejen;
Dividen Terkompoun: 9.41%
Dividen Purata: 18.3%

Untuk kes ini, saya anggap ejen tersebut pun pening dengan apa yang ditulis.

Penggunaan perkataan “dividen” pun tidak tepat kerana pulangan dalam unit trust yang utama ialah peningkatan harga unit, atau “capital appreciation”, bukanya dividen.

Kemudian, apa pula beza antara “dividen terkompoun” dengan “dividen purata”?

Selalunya yang akan dicanang figure 18.3% untuk dibandingkan dengan TH, KWSP, ASB dan lain lain.

Boleh lihat gambar 4, kiraan daripada applikasi financial calculator menggunakan function “ROI Calculator” untuk buat perbandingan sendiri.

Bukankah ini adalah AJARAN SESAT?

******
KALAU GUNA AJARAN SESAT INI, RETURN ASB / KWSP / TH PUN BOLEH DAPAT 12% SETAHUN

Baik, sekarang rujuk Gambar 5 dan 6.

Saya buat sampling kes pelaburan ASB / TH / KWSP
Modal: RM1,000
Tempoh: 20 tahun
Pulangan Tahunan: 6.5%

Gambar 5 saya gunakan “Compound Interest” untuk buat kiraan berapa return yang diperolehi.

Selepas 20 tahun, pulangan yang diperolehi ialah RM3,523.65
ROI sebanyak 252.37% dalam masa 20 tahun.

Kemudian, rujuk gambar 6 saya gunakan “ROI Calculator”.
– Masukkan RM1,000 sebagai “original investment”
– Masukkan RM3,523.65 sebagai “investment Return”

Akan keluar “Compound Annualize Return” yang sama, iaitu 6.5%

Dan jika diambil “Simple Annualize ROI”, ia akan jadi 12.62!!!!!!

Bayangkan, figure yang sama apabila ditunjuk cara kiraan berbeza akan menghasilkan keputsan yang berbeza.

Ramai ejen guna cara kiraan untuk dapat “Simple Annulize ROI”, dan cara itu adalah tidak tepat untuk dibandingkan dengan pulangan ASB, TH dan KWSP.

******

Ini adalah AJARAN SESAT.

Kes ini pernah terbongkar tahun lepas, kalau sesiapa masih ingat masa kes misselling ASB Financing.

Rujuk:

50% Annualized Return Dengan ASB Loan / ASB Financing?

ASB Loan / ASB Financing; Berhati-hati

Produk tak salah.

Syarikat pun tak ada masalah.

Semua sudah diluluskan, disemak dan diaudit luar dan dalam.

Malah dalam kedua-dua kes, return mereka tidaklah terus sangat pun. Sekitar 8% dan 9%. Tapi ejen nak juga tunjuk return melebihi 10% sebab selama ini itu figura itu yang ditunjukkan kepada prospek untuk ajak mereka melabur.

Yang banyak menmbulkan masalah ialah ejen-ejen yang membawa AJARAN SESAT ini.

Bukan setakat ejen baru, malah
GAM, Otai dan yang ada IFP pun lakukan perkara sama.

Jika Tuan-Puan jumpa ejen unit trust yang buat promosi sebegini, cepat-cepat laporkan kepada Bank Negara dan Suruhanjaya Sekuriti. Letih nak tegur seorang demi seorang ejen sebegini.

Memang akan ada yang kata, ejen pun tak tahu. Ya, betul. Jika ejen itu tak tahu perkara sebenar, ia berpunca dari ajaran leader ejensi.

Nak tak nak, benda sebegini tidak boleh dibiarkan berleluasa.

Perkara begini bukan saya seorang yang pernah tegur dan berikan kesedaran, tapi masih berleluasa. Leader-leader ejensi yang tak bertanggungjawab, akan terus biarkan sebab sales masyuuuk.

Jika yang tegur, ialah orang dari luar industi (bukan ejen), dikatakan kita tak faham.

Jika yang tegur ialah orang dari dalam indusri (ejen), dikata pula dengki.

Saya tidak kisah dengan apa ejen lain akan kata selepas posting ini. Sudah kalih dengan cemuhan dan hentaman. Akan dikatakan saya promote diri sendiri dan promote seminar saya.

Ejen-ejen yang tak setuju dengan posting ini, sila berikan hujah dengan fakta dan angka. Saya tidak akan delete. Jika  maklumat saya salah, saya akan betulkan.

Buat pengguna, berhati-hati. Cuba bayangkan apa nasib pelabur apabila disogokkan fakta dan nombor yang separuh masak?

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

3 Comments
  1. Avatar

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
KENAPA KIRAAN PULANGAN PURATA (SIMPLE ROI) TIDAK TEPAT BERBANDING PULANGAN…