fbpx

Kebanyakan orang miskin berkaitan dengan malas

  • 10 months ago
  • 2Minutes
  • 400Words
  • 120Views

“Kebanyakan orang miskin berkaitan dengan malas”.

Ramai yang komen bersetuju. Dan ada segelintir yang tidak bersetuju. Ia normal. Tidak ada masalah pun untuk yang tidak bersetuju.

Mungkin silap saya juga tak huraikan lebih lanjut.

Sebenanrnya lately Ini, saya perasan posting panjang tak ramai yang berminat baca. Buat posting pendek barulah ada orang baca.

Jadi dalam posting ini saya huraikan lebih panjang dan besar harapan saya lepas baca, tolong komen, like dan share jika ia bermanfaat.

Sebenanrnya kata-kata “Kebanyakan orang miskin berkaitan dengan malas” bukanlah daripada saya. Ia adalah kata-kata daripada Dr MAZA

Boleh tonton video di atas atau cari video-video, tulisan dan artikel beliau memperkata tentang isu ini sejak sekian lama.

Ia berdasarkan pengalaman beliau menziarahi golongan orang-orang miskin. Antara pengalaman beliau;

  • Pernah beliau turun bersama Raja Muda Perlis menziarahi orang miskin, depan rumah penuh sampah dan tak bersapu bersih.
  • Datang ziarah jam 10 pagi, baru nak bangun daripada tidur.
  • Diberi bantuan oven untuk buat kuih, tapi kemudiannya tak pakai pun.
  • Apabila ditanya tentang persekolahan anak, ada parent yang kata “Kalau mengaji tinggi pun bukannya boleh buat apa”.
  • Nak berikan bantuan selepas solat Jumaat, tapi solat Jumaat pun tak datang dan wakilkan kepada isteri.
  • Bagi bantuan ayam, mengadu “tak ada reban”, kemudian selepas diberi bantuan, ayam pula dijual.
  • Diberi bantuan rumah, tapi langsung tak terurus dan kotor.

Miskin satu hal tapi kemalasan adalah hal berbeza. Kebersihan dan kekemasan tidak ada kaitan dengan kaya atau miskin.

Kemas rumah, sapu sampah, susun kasut, lipat baju – tidak perlukan modal duit pun. Ia hanya perlukan mindset yang betul.

Saya yakin, orang miskin yang rajin berusaha, jika dia tidak mampu menjadi kaya, pasti anak mereka akan lebih senang daripada mereka.

Ramai tokoh-tokoh negara dilahirkan daripada keluarga petani, penoreh getah, buruh kasar, nelayan dan lain-lain.

Jika kita lahir miskin, itu bukan tanggungjawab kita. Tapi jika kita hidup dalam keadaan miskin, itu memang tanggungjawab kita.

Orang miskin yang berminda juara pasti mampu mengubah hidup mereka dengan lebih baik.

Perkara ini ada dikongsikan dalam buku Financial Independence Retire Early a.k.a F.I.R.E atau #BukuFIRE

Kebanyakan isu kemiskinan, sangat berkait rapat dengan kemalasan dan sangat bergantung dengan mindset dan habit.

Dalam buku ini dikongsikan 7 langkah demi langkah bagaimana mengumpul harta untuk mencapai FIRE dan 9 mindset dan habit kewangan untuk membentuk identiti FIRE.

Detail dan tempahan menggunakan link berikut:

BukuFIRE.com

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Tips hidup miskin Setiap kali dapat gaji, belanja sampai habis…