fbpx

Review daripada para pembaca buku Financial Independence Retire Early a.k.a #BukuFIRE

  • 12 months ago
  • 1Minute
  • 198Words
  • 170Views

Alhamdulillah. Dah terima beberapa review daripada para pembaca buku Financial Independence Retire Early a.k.a #BukuFIRE, ini antaranya.

Kata Comel Lote,

“Ikhlas drp saya,satu buku yang menjadikan sumber inspirasi untuk membakar semangat kpd saya.

Semangat utk tetap KONSISTEN bagi mencapai ke arah meningkatkan CASH FLOW yang positif,dan seterusnya mencapai tahap FIRE (bersara awal,bebas kewangan).

Bahasanya juga mudah faham ,disertai peta minda, gambar dan berwarna.

Satu buku yang sangat sangat puas hati. Tak sabar nak tunggu buku buku daripada Tuan yang lain. Terima kasih”

Alhamdulillah. Seronok saya membaca testimoni sebegini. Menjadikan saya bersemangat untuk menulis karya seterusnya.

Insya Allah, ada 3 topik yang sedang dalam pembikinan. Mohon doa kawan-kawan.

1. Kaya itu mulia. Konten berdasarkan teori-teori kewangan daripada Surah Yusof, dan di sandarkan dengan dalil Quran dan Hadith Sahih.

2. Rancang Kewangan, Ubah Kehidupan. Ia sambungan langkah ke 3 daripada 7 langkah daripada buku FIRE. Tajuk asal ialah FIRE 2.

3. Bijak Merancang Wang untuk Wanita, Isteri dan….. Daripada tajuk, sudah tentu rakan-rakan boleh agak kandungannya.

Tolong doakan usaha ini berjalan dengan lancar. Jika tiada aral, PBAKL tahu lah depa kata bakal muncul, selewatnya.

Ada yang dah baca buku FIRE? Boleh kongsikan pengalaman anda membacanya.

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
"Kebanyakan orang miskin berkaitan dengan malas". Ramai yang komen bersetuju.…