Kecoh Isu Letak Syarat Langgan Takaful Untuk Sertai Seminar Hartanah

Kecoh di kalangan rakan-rakan pelabur hartanah dan rakan-rakan perunding takaful tentang sebuah seminar hartanah yang meletakkan syarat untuk melanggan takaful dgn coverage RM300,000 dengan mereka bagi tujuan “holding power” pembelian hartanah kelak, sebagai sebahagian daripada pakej dan yuran seminar yang ditawarkan.

Saya bahagikan kepada 2 isu utama;

1. Isu meletakkan syarat melanggan takaful untuk join seminar.

2. Takaful sebagai “holding power” sebelum membeli hartanah.

#ISU1: Meletakkan syarat melanggan takaful untuk join seminar

Pada saya, jika syarat tersebut diletakkan dari awal supaya peserta membayar untuk melanggan polisi takaful beserta yuran untuk layak menyertai program yang dianjurkan – tiada masalah pun.

Contoh, saya anjurkan Seminar Bijak Merancang Wang #SeminarBMW, saya letakkan syarat yuran RM100 dan langganan takaful RM100 dengan saya – itu adalah hak saya.

Hak prospek pelanggan pula – mereka boleh pilih sama ada hendak sertai atau tidak. Jika tidak mahu sertai, maka tidak perlulah bayar yuran dan langganan takaful tersebut. Dan jika sertai, maka mereka perlu bayar dan berhak dapat sertai seminar dan dapat coverage takaful yang dijanjikan.

Tidak ada sebarang isu. Yang jadi isu kalau ia dibuat secara paksaan. Jika ada pandangan berbeza tentang pandangan ini, saya alu-alukan.

Cuma, produk takaful bukan sebagaimana produk fizikal seperti buku, telefon, dan sebagainya. Ia perlu disertai bersama keperluan yang memerlukan ejen melakukan “fact-finding”. Saya huraikan keperluan ini dalam isu kedua.

#ISU2: Takaful sebagai “holding power” sebelum membeli hartanah.

Cuma yang menjadi sedikit isu apabila coverage takaful RM300,000 itu dikatakan dijadikan sebagai “holding power” apabila membuat pembelian hartanah kelak.

Isunya ialah pada istilah “holding power” itu sendiri.

Sefaham saya itu ialah konsep MLTT untuk memberi perlindungan terhadap hutang hartanah apabila pelaburan hartanah dibuat kelak. Boleh juga ia dipanggil sebagai “debt-settlement” atau penyelesaian hutang.

Sebenarnya agak janggal juga cara approach dan rasional sebegitu, sebab setiap peserta mempunyai latar kewangan berbeza-beza.

Jika benar ia bertujuan sebagai “holding power”, perlu membuat “fact-finding” sebelum melanggan takaful. Ia adalah sebahagian etika sebagai ejen takaful untuk membuat “fact-finding” atau pencarian fakta pelanggan. Ia juga adalah salah satu daripada KPI dalam Balance Score Card para perunding takaful.

Saya katakan agak janggal sebab;

– Mungkin ada peserta yang sudah pun memiliki coverage melebihi RM300,000.

– Mungkin ada juga peserta yang sudah tidak layak menyertai polisi takaful disebabkan faktor kesihatan.

– Mungkin juga ada juga ada peserta yang sertai seminar tapi tak jadi melabur dan membeli hartanah.

– Mungkin juga nanti pelabur beli rumah tidak sampai pun harga RM300,000 atau lebih RM300,000.

Saya tak pasti bagaimana istilah “holding power” itu keluar, kerana istilah MLTT atau “debt-settlement” lebih tepat dan mudah difahami.

MLTT – alternatif kepada MRTT yang menggunakan life policy untuk memberi perlindungan terhadap hutang hartanah.

Istilah lain yang boleh digunakan ialah “debt-settlement” yakni sebagai instrumen penyelesaian hutang hartanah jika berlaku musibah.

Sebaiknya ia dilanggan ketika kita membuat pembelian hartanah secara hutang supaya tepat dengan tujuan sebenar “holding power” itu dilakukan.

Jika tidak, ia hanya holding power kepada ejen.

#nerakawang

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com