Kegagalan Memahami Riba Menyebabkan Forex Trader Menganggap Forex Online Trading Harus Dan Perbankan Islam Sama Sahaja Dengan Konvensional (2)
Rumah dah siap, pahat masih berbunyi.
Punca forex trader tak faham kenapa forex haram adalah kerana tak memahami apakah maksud riba. Bagi mereka riba wujud apabila “bayar lebih”. Sama dengan pemahaman geng yg anti perbankan Islam. Asal bayar lebih, automatik riba.
Atau sama dengan ejen-ejen insurans konvensional yang masih mempertahankan bahawa insurans konvensional sama sahaja dengan takaful.
Puncanya sama, sebab tak memahami di mana letak duduknya riba dalam forex, perbankan konvensional dan insurans konvensional.
Selepas sesi talk show “Kenapa forex trading haram dan bolehkah ia jadi patuh syariah?”, meraka masih tak faham lagi di mana wujudnya riba dalam forex trading.
Mereka tak nampak wujudnya riba dalam forex trading. Untuk faham riba perlu rujuk takrifan yang diberikan oleh pakar-pakar muamalat, bukan takrifan oleh forex trader atau broker mereka.
Saya tidak salahkan mereka 100%. Saya pun belajar bertahun-tahun untuk faham tentang riba selepas menceburi bidang kewangan Islam, termasuk 4 tahun belajar ilmu muamalat di universiti dalam bidang undang-undang.
Riba dalam forex trading wujud apabila berlaku pertukaran matawang dengan matawang dalam keadaan tidak menepati syarat syariah yang memerlukan on the spot dan pindah milik secara hakiki atau hukmi. Jadi di sinilah ia jadi riba.
Boleh rujuk huraian dalam sesi diskusi tempoh hari di sini atau tonton video di bawah
Atau rujuk ringkasan penerangan saya di sini atau tontotn video di bawah
Forex trading hari ini haram sama macam kedudukan insurans konvensional dan perbankan konvensional, kerana adanya riba. Dosa riba ni lebih besar dari minum arak dan zina. Ia sebesar-besar dosa dalam Quran yang Allah sebut orang yang terlibat dengan riba seumpama mengangkat senjata memerangi Allah.
Andainya, jika sekiranya akan dtg wujudnya forex trading patuh syariah, tak menjadikan forex trading hari ini jadi halal.
Sama macam mewujudkan bank Islam dan syarikat-syarikat takaful, tak menjadikan automatik semua bank konvensional dan insurans konvensional halal.
Akhir kata, saya doakan rakan-rakan forex trader dapat berhenti seketika bergelumang dalam bisnes riba ini dalam masa sama usahakan kewujudan syarikat broker forex trading yang patuh syariah. Panel diskusi, Tuan Dr Razli Ramli sudah terangkan step by step bagaimana prosesnya dan beliau sudi membantu.
Jadi, tidak adalah lagi untuk geng forex beri pelbagai alasan, lebih-lebih lagi alasan bisnes forex trading ni straight forward, dan tak perlukan penasihat syariah.
Insya Allah untuk program talk show akan datang, kita akan menampilkan seorang Sifu Hartanah, Tuan Zaidi Ismail dengan tajuk “Masihkah releven pelaburan hartanah pada masa sekarang?”
Nantikan #BorakMembaWang pada hari Selasa, 7 September jam 9 malam. Cekidaud!
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi, IFP
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran