Pulangan Lebih 20% Menggunakan Private Mandate Account (PMA)

pelaburan

 

Pelaburan Terbaik

Kali terakhir saya kongsikan perkara ini ialah pada 31 Mei 2020. Boleh rujuk posting lama saya dan bandingkan. Rujuk di sini

Ini ialah pelaburan menggunakan Private Mandate Account.

Berikut adalah beberapa keterangan gambar:

  1. Tarikh mula atau “Inception Date” pada 04/03/2020 dan screnshoot di atas pada tarikh 10/12/2020. Kira-kira 9 bulan lebih.
  2. Alhamdulillah, dalam masa tersebut, pulangan lebih kurang 20%, satu jumlah yang memuaskan bagi pelabur yang berisiko rendah seperti saya.
  3. Ia pelaburan ke pasaran saham tapi bukan saya yang uruskan. Saya serahkan kepada pengurus dana berlesen untuk menguruskan pelaburan saya. Senarai kaunter pada bahagian paling kiri dan ditutup.
  4. Ia bukan pelaburan unit amanah. Ia dipanggil Private Mandate Account / Private Manage Account (PMA). Wang pelaburan kita, dilaburkan secara direct ke pasaran saham. Dalam list di atas, dalam senarai paling kiri, ada hampir 20 kaunter dilaburkan dan masing-masing mencatatakan pulangan berbeza.
  5. Ada yang setinggi 147% dan ada yang negatif 13%. Purata kesemuanya ialah 20%.
  6. Dalam pelaburan jenis ini, saya tak perlu pening kepala nak monitor kaunter mana berpotensi, cut loss, top-up, rebalancing dan sebagainya. Kosnya macam kos unit trust tapi bukan unit trust.

 

Analogi macam beli baju:

– Beli unit trust ini macam beli baju yang dah siap jahit.

– Tapi PMA pula macam kita upah tailor jahitkan baju untuk kita. Tukang jahit ambil ukuran badan dan jahitkan baju kira.

– Kalau melabur sendiri tu pula, macam kita beli kain dan jahit baju sendiri. Yg ini sesuai untuk orang yang ada ilmu dan boleh berikan komitmen.

 

Setiap satu berbeza komitmen, kemahiran dan ilmu.

Oh ya, pelaburan ini adalah sah di sisi undang-undang dan kita boleh memilih untuk melabur dalam kaunter patuh syariah sahaja.

Nak guna fund manager yang saya gunakan? Ada detail di sini.

DISCLAIMER: Pelaburan ini mempunyai kos dan risiko tersendiri. Prestasi masa lampau tidak menjamin pulangan akan datang.

Ada yang berminat untuk menjadi wakil pemasaran (Marketing Representative) bersama Team INFAQ?

Sesuai utk rakan-rakan dalam industri kewangan seperti ejen takaful, ejen unit trust, ejen pusaka, banker – untuk mempelbagaikan portfolio pelanggan sedia ada dan upsell kepada mereka.

Ia tak bertindan dengan lesen sebagai konsultan unit trust di bawah FIMM, kerana Marketing Representative di bawah SIDC.

Detail di sini.

Kalau nak melabur, boleh isi borang di bawah. Nanti wakil saya akan hubungi utk sesi diskusi lanjut

 

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi 

Buku Bijak Merancang Wang
RM37.00
www.bukubmw.com
Girl in a jacket