Kelebihan Ada Blog, Berbanding FB
Update sekali, kemudian prospek datang berkali-kali.
Blog Rahsia Takaful ni saya sudah bangunkan sejak 10 tahun lepas dan kemudian optimimkan SEO, sehingga hari ini ia masih relevan walaupun dah lama tak update
Berdasarkan data ini, seramai 1300 pengunjung melayari blog saya dan 74% datang dari organik search yakni melalui enjin carian seperti Google, Yahoo dan sebagainya. Manakala 21.1% yang memang klik direct ke blog.
Statistik ini dikeluarkan oleh Google setiap bulan.
Antara sebab saya tak ambil pusing sangat ada yang unfollow FB saya apabila ada beberapa isu yang saya bangkitkan adalah sebab saya ada strategi SEO.
Saya bukan jenis orang yang “play safe” sebab nak cari makan dengan ramai followers.
Apa yang saya rasakan perlu kritik, di kala tak ramai tak berani nak kritik, saya kritik dan pastikan ada hujah.
Atas sebab itu juga saya tak kisah dengan adanya haters yang datang berikan komen dan attack, yang penting dengan akaun original dan balas balik dengan hujah.
SEO adalah antara rahsia bisnes saya yang jarang saya kongsikan kepada publik.
Berbeza dengan FB Ads yg turut saya jalankan, strategi SEO hanya keluarkan kos sekali dan hasilnya berkali-kali dan sangat kualiti.
Berbanding dgn FB Ads, perlu keluarkan kos baru dapat hasil.
Strategi SEO yg saya jalankan, kos terakhir dikeluarkan pada tahun 2014 dan masih releven sehingga sekarang.
Sehingga kini masih berkesan. Dengan SEO, prospek datang dengan sukarela.
Berbeza dgn FB Ads, prospek dtg dgn “terpaksa”.
Anda boleh mencuba Google keyword-keyword tersebut dan akan jumpa blog-blog saya dalam ranking pertama hingga ke 5.
FB Personal + FB Pages + Blog + SEO + FB Ads = Superb
Kalau saya buat training topik ini, ramai ke yang berminat untuk join? Tapi bukan percuma ya. Ada ongkosnya. Hahahah
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran