fbpx

Kakitangan Kerajaan Mudah Menanggung Hutang

  • 3 years ago
  • 2Minutes
  • 307Words
  • 405Views

Pengalaman saya mengendalikan program-program kewangan #SeminarBMW kepada kakitangan awam, majoriti mereka memiliki komitmen hutang melebihi 50% daripada gaji bulanan.

Malah ada juga yang saya jumpa sehingga 70% ke 80% daripada gaji bulanan.

Ia adalah satu tahap yang sangat merbahaya.

Kakitangan kerajaan adalah golongan yang mudah untuk mendapatkan fasiliti hutang daripada bank.

Tunjuk slip gaji 3 bulan dengan surat pengesahan jawatan, bank akan senyum lebar. Lagi senyum kalau buat potongan melalui ANGKASA.

Selain hutang kenderaan dan hutang rumah, majoriti pasti akan ada hutang personal loan, dengan pelbagai tujuan. Yang paling popular hutang untuk kahwin. Ada juga sebab-sebab lain seperti tutup hutang kad kredit, renovate rumah, deposit rumah, join kutu, join MLM, pelaburan, malah tak kurang yang buat hutang sebab terpedaya dengan skim sontot.

Kadang ada yang sampai 3, 4 personal loan. Ada juga yang buat personal dengan asbab “dah tengok kawan-kawan buat personal loan, jadi saya pun apply. Kalau tak apply rasa janggal pula”.

Ada juga yang setiap kali ada kenaikan, akan buat personal loan. Contoh, naik gaji RM50, akan buat personal loan yang ansuran bulanan RM50 sebulan.

Itu contoh-contoh ekstrem yang saya biasa terima.

Untuk lebih ekstrem, mereka tak ada pun simpanan kecemasan.

Melalui pakej ransangan ekonomi PRIHATIN, semua penghutang bank berpulang menikmati moratorium selama 6 bulan.

Jadi, gunakan peluang ini sebaiknya untuk membina dana kecemasan. Tambahan pula, kakitangan awam tidak terjejas gaji mereka disebabkan krisis yang sedang berlaku kini.

Jika selama ini, 50% ke 80% wang gaji habis untuk bayar hutang, maka peratusan sama yang boleh digunakan untuk menyimpan.

Cuma satu sahaja kerisauan saya. Jika selama ini sudah biasa menghabiskan wang gaji untuk bayar hutang, mereka akan cenderung untuk menghabiskan wang itu seperti biasa.

Wal hasil balik asal.

Hutang ibarat kolesterol, jika terlalu banyak dan tidak terkawal ia boleh membahayakan kesihatan. Begitu juga dengan hutang.

Gambar Hiasan: Berita-berita tentang kesan buruk hutang, dari 3 akhbar berbeza dalam masa kurang 24 jam.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Update sekali, kemudian prospek datang berkali-kali. Blog Rahsia Takaful ni…