Kelebihan dan risiko emas leverage: Perspektif syariah dan pelaburan hartanah
Ada orang tanya “Bagaimana jika kita beli emas yg mempunyai kemudahan pembiayaan Tawaruq dengan gandaan 9 kali ganda modal kita tuan?”
Saya jawab, bermakna risiko kita pun 9 kali ganda daripada biasa.
Simple.
Ada orang tanya; Eh, boleh ke leverage? Bukan leverage tu haram ke?
Leverage bermaksud tuas / umpil / daya. Ini takrifan daripada sudut bahasa.
Dalam konteks kewangan ia merujuk kepada aktiviti menggunakan kelebihan fasiliti hutang untuk menghasilkan keuntungan dalam pelaburan.
Jadi, hukum leverage bergantung kepada proses transaksi itu dijalankan. Secara asasnya ia adalah harus, kecuali ada unsur yang mengharamkan.
Sebagai contoh, leverage dalam forex adalah haram bukan sebab leverage itu sendiri, tapi disebabkan transaksi yang berlaku tidak patuh syariah kerana melibatkan pertukaran item ribawi yang tidak sempurna syarat.
Contoh lain, membuat pelaburan hartanah menggunakan fasiliti bank – ini adalah leverage juga.
Jika menggunakan fasiliti bank konvensional, ia menjadikan transaksi itu haram. Sebaliknya jika menggunakan fasiliti patuh syariah, ia harus.
Kita beli rumah secara berhutang dengan bank yang juga menggunakan kontrak tawaruq dengan skala 1:10, bermakna kita “leverage” wang kita kepada 10 kali ganda malah bagi yang pandai manipulasi ia mungkin lebih lagi.
Dengan deposit 10% kita mampu memiliki sebuah rumah atas nama kita dan kita boleh sewakan rumah tersebut untuk mendapatkan hasil.
Lagi banyak leverage dalam hutang tersebut, lagi tinggi potensi untung dan dalam masa sama lagi tinggi potensi rugi tak
Sama juga seperti ASB Financing, yang melibatkan pelaburan secara hutang – itu pun ialah leverage.
Berkenaan emas leverage, dahulu pernah famous skim emas ETA oleh Tok Belagak yang akhirnya diakui tidak patuh syariah dan penasihat syariah yang dilantik menarik diri.
Kini, Quantum Metal aktif menjalankan konsep emas leverage menggunakan kaedah tawaruq yang diakui patuh syariah oleh Tawafuq Consultancy, sebuah firma penasihat syariah yang diiktiraf di negara kita.
Cuma apabila apabila kita lakukan leverage dengan cara berhutang menggunakan fasiliti bank, ia mempunyai kawal selia oleh Bank Negara Malaysia untuk memastikan ia mematuhi tatakelola yang ditetapkan oleh bank.
Berbanding dengan kita melakukan leverage dengan pihak yang bukan institusi kewangan, semestinya ia mempunyai risiko yang berbeza kerana ia tidak ada kawal selia oleh mana-mana badan.
Justeru, secara personal memang daripada dahulu saya kurang melibatkan diri dalam pelaburan-pelaburan berbentuk hutang begini.
Tapi jika ada orang lain yang bersedia menghadapi risikonya, silakan.
Dalam pelaburan hartanah, saya hanya cukupkan kuota pemilikan 2 rumah pelaburan untuk mendapatkan fasiliti pembiayaan 90%, tanpa buat cashback. Cashback Juga contoh leverage
Begitu juga dalam ASB Financing, saya tidak pernah memohon walaupun saya banyak kali menulis perihal pelaburan berkenaan.
Maka dalam pelaburan emas, saya lebih lebih suka melabur emas secara tunai. Beli emas dapat emas tanpa leverage. Tapi jika ada produk emas leverage yang dikeluarkan oleh bank patuh syariah, mungkin boleh saya pertimbangkan.
Dalam gambar ini, saya memegang 2 jongkong emas dengan berat 1kg emas setiap satu.
Ada manis tak saya punya sinyuuum?
Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran