fbpx

Emas kalis inflasi? Wang kertas punca inflasi?

  • 1 year ago
  • 4Minutes
  • 601Words
  • 249Views

Betul ke emas kalis inflasi? Tidak

Benarkah kalau tukar matawang kertas kepada emas maka inflasi takkan berlaku? Tidak

Meh saya huraikan satu persatu

APAKAH MAKSUD INFLASI?

Dalam bahasa mudah, inflasi merujuk kepada keadaan di mana harga barang dan perkhidmatan terus meningkat dalam ekonomi. Ini bermakna setiap tahun, kita perlu membayar lebih banyak wang untuk membeli perkara yang sama seperti sebelumnya. Ini boleh mengurangkan daya beli kita dan mempengaruhi cara kita menggunakan dan menyimpan wang.

APAKAH PUNCA BERLAKU INFLASI?

Inflasi boleh berlaku sebab beberapa sebab. Contohnya:

1. Permintaan melebihi pengeluaran: Kalau ramai orang nak beli barang tapi barangnya tak cukup, peniaga akan naikkan harga barang tu. Biasanya berlaku kalau ekonomi tengah maju dan orang banyak duit, jadi semua orang nak beli barang.

2. Kos barang naik: Kalau kos buat barang naik, macam harga bahan mentah atau gaji pekerja, peniaga akan naikkan harga barang untuk cover kos yang naik tu. Contohnya, kalau minyak naik harga, harga barang yang guna minyak tu pun naik.

3. Barang mentah jadi mahal: Kalau harga barang mentah yang digunakan untuk buat barang tu naik, macam harga minyak atau besi, harga barang jadi pun akan naik. Ini boleh berlaku sebab permintaan global tinggi atau tak cukup bekalan.

4. Bank pusat dan duit banyak beredar: Kalau bank pusat buat keputusan macam naikkan kadar faedah atau keluarkan banyak duit, boleh je inflasi jadi tinggi. Kadar faedah naik boleh buat orang kurang belanja, dan banyak duit beredar boleh buat harga barang naik.

5. Ada faktor lain juga: Ada juga faktor lain macam cukai naik, keputusan kerajaan pasal duit, nilai tukar wang, bencana alam, atau kejadian politik. Semua faktor ni boleh je mempengaruhi inflasi.

Penting ingat inflasi ni selalunya hasil gabungan beberapa punca dan banyak pengaruh yang rumit. Punca-punca ni boleh berinteraksi dan mempengaruhi kadar inflasi dalam ekonomi.

SEBELUM WUJUD WANG KERTAS, WUJUDKAH INFLASI?

Ofkoz! Inflasi tiada kaitan pun dengan jenis matawang apa.

Kalau pakai sistem barter pun inflasi boleh wujud.

Dulu orang tak guna duit kertas, tapi guna barang atau logam berharga untuk jadi wang. Tapi idea inflasi tu masih sama.

Contohnya, kalau tiba-tiba ada banyak emas atau barang bernilai lain yang jadi wang, harga barang-barang akan naik. Contohnya, kalau banyak orang dapat emas lebih, emas jadi tak bernilai tinggi lagi, jadi harga barang jadi naik. Maksudnya, inflasi tetap ada walaupun bentuk wang berbeza.

Jadi, tak kira zaman dulu atau sekarang, inflasi tetap wujud dan boleh berlaku dalam ekonomi.

ZAMAN NABI PUN BERLAKU INFLASI?

Saya kongsikan hadith-hadith berikut:

1. Hadith ini diriwayatkan oleh Anas bin Malik ra. dia berkata,

“Harga barang menjadi mahal pada zaman Nabi SAW, lalu mereka (para sahabat) berkata, ‘Wahai Rasulullah, harga telah menjadi mahal maka tetapkanlah harga untuk kami.’” (Riwayat Abu Dawud)

2. Hadith ini pula diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, beliau meriwayatkan:

“Apabila harga barang di pasar Madinah naik, para sahabat datang kepada Rasulullah SAW meminta agar Beliau menetapkan harga yang dapat dijangkau oleh orang-orang miskin. Maka Rasulullah SAW bersabda, ‘Sesungguhnya Allah-lah yang menentukan harga. Dialah Allah yang memberikan kelapangan, Dia yang menyempitkan, dan Dia yang memberikan rezeki. Dan aku berharap agar aku bertemu Allah dalam keadaan tidak ada seorang pun dari kalian yang menuntutku dengan tuduhan penganiayaan terhadap darah atau harta.'” (Riwayat Abu Daud)

3. Satu lagi hadith yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Zubair.

Hadith ini agak panjang. Dalam hadith ini menceritaka tentang sebidang tanah yang dibeli oleh sahabat baginda Rasulullah, iaitu Zubair al-Awwam dengan harga 170,000 dirham dan kemudian anakknya Abdullah bin Zubair menjual tanah tersebut selepas kematian Zubair dengan harga 1,600,000 dirham

JADI APA SOLUSI UNTUK INFLASI INI?

Watlek watpis je. Ia adalah fitrah.

Daripada fokus pasal inflasi, lebih baik fokus bagaimana meningkatkan ekonomi diri kita.

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Alhamdulillah. Dah terima beberapa review daripada para pembaca buku Financial…