Kelebihan Marketing Representative
Pertama kali sebagai perunding
Pertama kali saya menjadi perunding unit amanah atau lebih dikenali sebagai ejen unit trust ialah pada tahun 2009, kira-kira 11 tahun lalu. Lompat dari satu syarikat ke satu syarikat.
Antara cabaran besar sebagai perunding unit trust ialah untuk berikan panduan kepada klien dan pelabur untuk switching dana-dana pada masa yang sesuai.
Strategi switching dana amat penting untuk memastikan pelabur dapat memaksimakan keuntungan, sebab tak ada dana unit trust yang konsisten untung setiap masa.
Jika klien seorang, dua atau bawah 10 orang, munasabah untuk perunding pantau portfolio pelaburan pelanggan secara berkala. Namun jika ia mencecah puluhan dan ratusan pelanggan, ia adalah misi yang mustahil.
Kadang-kadang, portfolio pelaburan ejen sendiri pun ke laut tak sempat nak monitor.
Saya tahu limitasi saya.
Berjinak dengan pelaburan
Atas dasar ini, saya berjinak-jinak dengan pelaburan melalui Single License Investment melalui Phillip Mutual bermula tahun 2015.
Kelebihan yang ada dengan platform ini ialah pelabur boleh akses ke pelbagai dana dari hampir sellluruuh syarikat unit trust di Malaysia dan membuat pemantauan secara online melalui portal Fanancial Access Made Easy atau ringkasannya FAME.
Sebagai konsultan, saya tahu limitasi saya untuk memantau portfolio pelaburan mereka, mana apa yang saya buat dengan memberi panduan kepada pelanggan dan pelabur untuk memantau sendiri pelaburan mereka.
Dalam masa sama, saya banyak menulis tentang tip dan strategi pelaburan unit trust serta adakan kelas-kelas training kepada para pelabur agar mereka boleh memantau dan membuat switching sendiri.
Namun selepas beberapa tahun, saya dapati masih belum ramai pelanggan yang memantau sendiri pelaburan mereka. Masih lagi mengharap ejen untuk “uruskan” pelaburan mereka. Dalam bab ini saya tak salahkan pelanggan. Tidak dapat dinafikan ada sesetengah ejen yang menjanjikan bulan, bintang, matahari sang suria, planet Pluto dan planet Titan kepada pelanggan. Memberi gambaran seolah-seolah pelaburan unit trust mereka sentiasa untung.
Saya agak stuck di situ, walaupun masa awal-awal pelaburan saya sudah ingatkan kepada para pelabur bahawa saya selaku ejen hanya pemudah cara untuk melabur.
Saya juga beritahu tip-tip saya akan kongsikan secara umum dan akhir sekali pelabur yang perlu buat keputusan untuk stay, hold, switch atau withdraw. Saya tegaskan kepada mereka bahawa saya ada limitasi untuk memantau pelaburan mereka.
Ada juga klien yang berkata bahawa ada ejen lain yang tolong monitor dan advise untuk buat switching. Saya katakan, jika benar ada ejen yg mampu lakukan sedemikian rupa, silakan melabur dengan mereka. Saya tak ada masalah.
Marketing Representative (MR)
Tahun 2019, saya eksplore satu karier yang diperkenalkan oleh Suruhanjaya Sekuriti beberapa tahun lalu iaitu Marketing Representative (MR) dan mengambil kursus serta exam untuk mendapat kelayakan tersebut.
Melalui kerjaya MR ini, saya berjumpa satu solusi untuk pelanggan yang mempunyai cabaran untuk memantau sendiri pelaburan nrereka.
Dalam masa sama solusi juga untuk ejen-ejen unit trust dalam memantau pelaburan pelanggan mereka.
Berikut adalah kelebihan Marketing Representative ini.
1. Memperkenalkan pelabur kepada platform pelaburan melalui Private Mandate Account (PMA). Kelebihan ini hanya untuk MR yg berdaftar melalui Phillip Capital.
2. Kerjaya sebagai Marketing Representative juga berbeza daripada kerjaya sebagai ejen unit trust. Yang menariknya, ejen unit trust juga boleh berdaftar sebagai Marketing Representative dalam masa sama sebagai ejen unit trust. Dengan syarat minima diploma, atau yang setara.
3. Biasanya, bagi ejen unit trust yang aktif akan mencadangkan dan membantu pelanggan untuk pemilihan dana dan lakukan switching. Tapi melalui platform ini, semuanya diuruskan oleh pengurus dana / fund manager yang berpengalaman, bermula daripada pemilihan dana, memantau prestasi dan switching.
4. Selalunya ia menjadi cabaran besar bagi ejen unit trust untuk monitor dan mencadangkan switching kepada pelanggan. Tapi melalui platform ini, MR serahkan perkara tersebut kepada fund manager.
5. Sales charge atau caj jualan untuk pelabur juga minima 3% bagi pelaburan melalui KWSP atau pun tunai. Biasanya ia sales caj untuk pelaburan unit trust melalui KWSP menerusi ejen.
6. Melalui platform ini, pelanggan boleh memilih untuk melabur menggunakan tunai atau KWSP, dengan modal minima RM5,000 ke RM50,000, bergantung kepada jenis produk.
7. Biasanya KWSP hanya boleh dilaburkan ke unit trust sahaja, tapi melalui platform ini pelabur boleh juga melabur ke pasaran saham. Jika pelaburan KWSP biasa yang melabur ke unit trust, pelaburan di sini boleh dipelbagaikan dalam satu portfolio unit trust. Dengan hanya satu platform, tapi boleh pelbagaikan.
8. Sebenarnya yang paling menarik pelaburan ini ialah, akan ada pengurus dana profesional yang akan menguruskan akaun pelabur secara aktif. Malah pelabur boleh berurusan dan berkomunikasi direct dengan pengurus dana untuk bertanyakan perkembangan pelaburan mereka.
9. Bagi pelaburan saham, pelabur boleh memiliki saham-saham global dan tempatan. Pelabur boleh memantau sendiri pelaburan mereka menggunakan portal yang dipanggil sebagai Financial Access Made Easy atau ringkasannya FAME. Portal ini disediakan oleh Phillip Capital. Melalui portal online ini, para pelanggan akan mengetahui kedudukan pelaburan atau nilai pelaburan pada setiap hari.
10. Yang paling best, mana-mana ejen unit trust boleh berdaftar sebagai Marketing Representative serentak tanpa perlu resign daripada kompeni asal. Ejen unit trust berdaftar dengan FIMM, manakala untuk MR pula berdaftar dengan SIDC. Kedua-duanya institusi berbeza di bawah Suruhanjaya Sekuriti.
11. Kerjaya ini juga sesuai untuk rakan-rakan yang terlibat dalam bidang sales dalam bidang kewangan seperti ejen takaful, ejen emas, ejen ASBF dan selainnya utk memberi tambah nilai dalam bisnes dan para pelanggan.
EXTRA: Dengan lesen FPMR, seorang Marketing Representative boleh berdaftar lebih daripada satu syarikat. Setakat ini saya berdaftar dengan syarikat Philip Capital dan Interpac.
Ramai tak yang berminat untuk tahu lebih lanjut Marketing Representative ini?
Boleh isi borang di bawah utk set temujanji di pejabat saya. Jika ramai yang berminat, mungkin boleh adakan sesi taklimat.
Kacakss tak? 🤣🤣
Kad lesen unit trust zaman muda-muda dolu-dolu… Bergetar mana-mana anggota tak?
Berminat untuk menyertai kami sebagai MR? Isi borang dibawah
Mahukan pelaburan alternatif? Klik sini.
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran