Kempen #BMBF Bukan Berlaku Secara Tiba-Tiba

Kempen #BMBF bukan berlaku secara tiba-tiba.

Ia datang dari grassroot apabila melihat agama, bangsa dan negara dipersenda oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Cuba baca insiden-insiden berikut:

  1.  Ingat lagi kenyataan yang dikeluar oleh seorang menteri yang mengatakan bahawa orang Melayu adalah pendatang di bumi Malaysia?
  2. Kemudian tersebar pula video lama tokoh pemimpin non-Muslim yang mengatakan orang Islam di negara ini mengamalkan diskriminasi terhadap kaum India.
  3. Tidak cukup itu, desakan dari Timbalan Menteri juga bukan Islam untuk membenarkan dan mengiktiraf UEC dalam sistem pendidikan di Malaysia.
  4. Ada pula usaha untuk meratifikasi ICERD yang sekali lagi menyinggung sensitiviti umat Islam dan orang Melayu.
  5. Lagi? Isu statut Rome pula. Statut Rome dan ICERD banyak diusahakan oleh pemimpin-pemimpin bukan Islam.
  6. Dari tahun lepas, desakan demi desakan oleh para pemimpin bukan islam untuk menghantar ulama antarabangsa, Zakir Naik pulang ke India.
  7. Ada pula cadangan seorang senator bukan Islam untuk menggugurkan status agama di dalam kad pengenalan.
  8. Tak cukup lagi?
    Tulisan jawi pula diusik. Siap ada gerakan. Siapa ada memorandum. Siap ada gabungan dari persatuan-persatuan bukan Islam untuk membantah penggunaan tulisan jawi di sekolah.
  9. Angkatan tentera pula dihina, dikatakan hanya kerja makan, tidur sahaja – juga dari tokoh bukan Islam yang pernah menaja sebuah parti Islam.
  10. Menjelang hari kebangsaan, bendera Malaysia Jalur gemilang pula diterbalikan!
  11. Juga kita lupa kes kematian Adib yang meninggal dunia ketika rusuhan di sebuah kuil tahun lepas, yang masih belum mendapat pembelaan.

Nampak tak apa yang berlaku selama setahun lebih ini?

Kempen ini adalah tindakan refleksi terhadap sikap-sikap kurang manis beberapa kelompok bukan Islam di negara terhadap sensitiviti beragama dan bermasyarakat di Malaysia.

Nah, sekarang kita lancarkan kempen.

Bukan kempen boikot pun.

Bukan bakar gereja, bakar kuil.

Bukan minta Cina dan India balik negara.

Bukan minta haramkan SRJK.

Bukan bakar Bible.

Bukan nak berperang pun!

Kita hanya ajak umat Islam lakukan jihad ekonomi.

Hanya kempen sokong produk Muslim. Buy Muslim Brand First #BMBF

Asalnya bermula daripada cadangan daripada PPIM untuk mencadangkan supaya penggunaan logo halal tulisan Jawi tidak dibenarkan kepada produk keluaran orang bukan Islam.

Munasabah juga cadangan itu sebab mereka juga yang menolak penggunaan tulisan jawi.

Kita tak jalankan kempen boikot, biarpun ada segelintir orang Islam yang sedikit ekstrim dan geram dengan perkembangan yang berlaku.

Kami cuma jalankan KEMPEN SOKONG DAN BELI PRODUK MUSLIM.

BUY MUSLIM BRAND FIRST. #BMBF. Tak ada perkataan “boikot”. Malah dalam kempen ini, masih boleh beli produk bukan Islam dalam beberapa situasi.

Beza kot kempen sokong dan kempen boikot.

Tak mengganggu pun ekonomi negara.

Jika selama ini keluarga Muslim berbelanja RM1,000 sebulan untuk produk harian, maka dengan kempen ini mereka tetap berbelanja jumlah sama.

Mereka tetap beli makanan, beras, kicap, sos, minyak masak, air minuman, makanan frozen dan sebagainya.

Cuma dahulu kami tak kisah siapa pengeluarnya asalkan sedap dan halal, tapi kali ini kami akan sedikit memilih.

Memilih untuk beli keluaran daripada saudara seakidah kami.

Tak salahkan kami umat Islam bersatu untuk mengukuhkan ekonomi kami?

Dah kenapa panas sangat?

Afyan Mat Rawi
Bapa Perpaduan FB (self-claim)

Silakan join group FB PERSATUAN EKONOMI MUSLIM MALAYSIA

Follow dan klik see first utk lagi tip-tip kewangan dan kehidupan.

Utk info pantas, ikuti Channel Telegram t.me/AfyanIFP

Jemput follow saya di beberapa media sosial lain;
Page FB fb.com/Afyan.IFP
Twitter twitter.com/AfyanIFP
Instagram instagram.com/Afyan.IFP

 

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com